Tips Memilih IPT Akhirnya Terbongkar



Senario pembelajaran di Malaysia memerlukan anda mempertimbangkan pelbagai jenis Institusi yang boleh anda pilih untuk menguasai ilmu rekaan grafik ini. Namun begitu perlunya anda memilih dengan cermat dan teliti agar cita-cita anda untuk memiliki ilmu yang sepatutnya terisi dalam diri anda terjamin.

Bagaimana hendak memilih sesebuah institusi?
Secara umumnya, di negara kita terdapat dua jenis institusi yang utama iaitu:-

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS )


Apakah Perbezaan yang ketara antara IPTA & IPTS ini?
Secara ringkasnya, perbezaan antara keduanya adalah pada perkara berikut:
  1. Yuran Pengajian
  2. Syarat Kelayakkan Minima
  3. Pinjaman Kewangan
  4. Persekitaran Pembelajaran
Bab kualiti sebenarnya adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Sekiranya anda rajin berusaha pastinya anda menjadi pelajar yang mempunyai kualiti yang tinggi. Sekiranya anda layak untuk memasuki IPTA, maka saya amat galakkan anda memilihnya sebagai pilihan pertama. Namun sekiranya sebaliknya, anda masih berpeluang untuk ke IPTS.


Tips Memilih IPTS?
  • Pastikan IPTS itu mendaftar dengan Agensi Kelayakkan Malaysia atau MQA. Ini penting bagi memastikan sijil yang anda bakal miliki laku di pasaran dan layak melanjutkan pengajian kelak. Sila layari www.mqa.gov.my untuk menyemak status IPTS. 
  • Teliti setiap yuran yang dikenakan bagi memastikan anda mampu untuk membayarnya. Pastikan tiada yuran tersembunyi. 
  • Sekiranya anda terpaksa memilih IPTS, sila pastikan anda mengutamakan pilihan IPTS yang bertaraf Universiti atau kolej universiti dulu. ini kerana mereka mempunyai program diploma, dan ijazah malahan program master di bawah satu bumbung dan membolehkan anda menyambung pengajian di universiti yang sama kelak. Diploma anda secara psikologinya lebih laku berbanding diploma yang dikeluarkan dari kolej yang tidak berapa terkenal. 
  • Anda mencari IPTS yang menjalankan program usahasama atau kerjasama dengan IPTA. Ini kerana, semua silibus yang digunapakai adalah dari IPTA yang membuat usahasama dengan kolej berkenaan. Selain dari itu juga, diploma yang ada perolehi adalah diploma dari IPTA malahan majlis konvokesyen anda akan diadakan di IPTA berkenaan. 

Berikut Adalah Program Rekaan Grafik Yang Telah Di Usahasamakan.
  1. Program Usahasama UiTM (www.ined.uitm.edu.my) | Diploma Senilukis & Senireka (Grafik & Media Digital)
  • Kolej Teknologi Timur Sepang . (www.ktt.edu.my)
  • Kolej IKIP Kuantan.(www.ikip.edu.my)
Semasa saya menulis artikel ini, hanya program grafik dari UiTM sahaja yang menawarkan program Usahasama bersama dengan IPTS.

No comments