Langkah Pertama Ceburi Bidang Rekaan Grafik Selepas Mendapat Keputusan SPM




Keputusan SPM telah diumumkan pada 16 Mac 2017, pastinya para pelajar lepasan SPM telah menerima keputusan masing-masing melalui sekolah ataupun melalui SMS. Dan seperti kebiasaanya, masing-masing mula mengatur perancangan, adakah ingin melanjutkan pengajian atau terjun ke dunia pekerjaan.

Bagi mereka yang masih keliru dan berbelah bagi dalam membuat keputusan, bolehlah baca sedikit perkongsian pengalaman dari saya mengenai topik sambung belajar di post sebelum ini.  Mengikut pengalaman saya melatih, mengajar serta membimbing pelajar lepasan SPM lebih dari 5 tahun pada peringkat pengajian diploma perkara berikut perlu diambil perhatikan.

Berapa jumlah kredit yang anda dapat (Gred C) ?

Situasi 1
Sekiranya anda mendapat 5 kredit termasuk BM, BI & Matematik. Anda layak untuk ke IPTA. Sila Mohon UPU di upu.mohe.gov.my dan pastikan anda memilih bidang grafik sebagai pilihan pertama anda. Tunggu keputusan keluar: Sekiranya berjaya, tahniah dan belajar rajin-rajin kerana tidak semua orang bertuah memasuki IPTA. 

Situasi 2
Sekiranya anda mendapat 5 kredit termasuk BM, BI & Lulus Matematik tetapi tidak berjaya ke IPTA. Sila mohon IPTS yang mempunyai program kerjasama seperti yang saya terangkan dalam artikel terdahulu.  Sila mohon online di sini (sekiranya ingin menjadi sebahagian dari pelajar saya) 
Buat Rayuan (sekiranya ada)  Semak IPTS dan Program yg ditawarkan di sini.

Situasi 3
Sekiranya anda mendapat hanya 3 kedit termasuk lulus BM, BI & Matematik. Anda layak ke IPTS.  Sila mohon terus ke IPTS yang anda ingini. Pilih IPTS yang berstatus Universiti atau Kolej Universiti terlebih dahulu. Sediakan Kos pengajian dan buatlah pendaftaran. Biasanya di IPTS, cukup syarat kelayakkan anda pasti diterima masuk. 

Situasi 4
Sekiranya anda tidak mempunyai 3 kredit atau gagal BI & Matematik. Sila mohon program di peringkat sijil terlebih dahulu di institusi yang menyediakan program grafik seperti Institut Kemahiran MARA atau Kolej Komuniti. Tamat belajar peringkat sijil dengan HPNG : 2.75. Sila mohon ke peringkat diploma di IPTA / IPTS yang diminati.

Situasi 5
Sekiranya anda Lepasan Sijil Kemahiran MARA / Sijil dari Institusi lain termasuk politeknik dalam apa-apa bidang sekali pun tetapi ingin berkecimpung dalam bidang grafik pada peringkat diploma anda masih berpeluang iaitu dengan memohon IPTS yang mempunyai program kerjasama seperti yang saya terangkan dalam artikel terdahulu. Atau  Sila mohon online di sini (sekiranya ingin menjadi sebahagian dari pelajar saya). Semak IPTS dan Program yg ditawarkan di sini

Tetapi dengan syarat-syarat berikut, mendapat kredit dalam mata pelajaran:

  1. Pendidikan Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Seni Reka Tanda. 
  2. Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains. 
  3. Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian / Pola Pakaian.
  4. Pengajian Pakaian / Rekaan Dan Jahitan Pakaian / Membuat Pakaian. 
  5. Grafik Berkomputer / Produksi Multimedia.
DAN Lulus Bahasa Inggeris  serta Matematik / Matematik Tambahan. DAN Mencapai HPNG sekurang-kurangnya 2.75


Situasi 6
Sekiranya anda tiada apa-apa kelayakkan seperti semua di atas, anda masih boleh mendalami ilmu grafik dengan  Mengambil kursus jangka pendek di pusat-pusat latihan seperti berikut :-
  1. Kolej Komuniti 
  2. Institut Latihan Perindustrian 
  3. Sifoo.com (www.sifoo.com) 
  4. De Reka Creative (www.derekacreative.com
  5. Pixietrainingclass (pixietrainingclass.blogspot.my) 
  6. Kursusgrafikpro (www.kursusgrafikpro.com) 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.


No comments