Bidang Rekaan Grafik : Ketahui Peranan Seorang Pereka Grafik



Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Istilah rekaan grafik adalah merujuk kepada satu proses memanipulasi perkataan dan gambar untuk menghasilkan solusi kepada masalah-masalah komunikasi visual.

Apakah yang anda faham dengan masalah-masalah komunikasi visual ini? Bagaimana visual itu berkomunikasi sebenarnya.

Kebanyakkan rekaan grafik melibatkan rekaan pada produk yang boleh dicetak seperti buku, majalah, risalah, pembungkusan, poster dan gambar untuk digunakan pada media elektronik.

Ada juga yang melibatkan rekaan-rekaan berskala besar seperti billboard, giant signboard dan sebagainya. Ada juga yang melibatkan media elektronik seperti di dalam montage sesebuah filem dan icon-icon di dalam imej komputer.

Bidang rekaan grafik (graphic design) di Malaysia sebenarnya tidak asing lagi kerana kebanyakkan syarikat telah menggunakan khidmat pereka grafik dalam menghasilkan bahan pemasaran dan juga penjenamaan mereka.

Rekaan grafik yang mengabungkan unsur kesenian dan juga teknologi dalam menghasilkan visual yang mampu berkomunikasi dalam menyampaian sesuatu mesej. Pastinya setiap rekaan itu mempunyai seorang pereka di belakangnya yang berpengetahuan dalam merungkai dan menterjemahkan sesuatu permasalahan untuk diselesaikan dengan kaedah rekaan visual.

Tugas dan fungsi seseorang pereka grafik itu luas kerana semua rekaan pastinya melalui proses penghasilannya. Pereka grafik akan bertanggungjawab dalam kelancaran perjalanan proses rekaan (design process) mengikut kehendak pelanggan-pelanggan mereka.

Proses rekaan atau design process biasanya bermula dari peringkat kajian atau pengumpulan data, lakaran perkembangan idea, proses rekaan digital dan juga percetakkan atau penerbitan. Setiap peringkat proses rekaan memerlukan sentuhan kreativiti dan nilai artistik dari seorang pereka.


Antara fungsi seorang Pereka Grafik itu ialah:
  • Terlibat secara langsung dalam menghasilkan visual (illustrasi, photo, logo, icon, vector) yang sesuai untuk menyampaikan mesej dalam pengiklanan, identiti korporat, website, pembungkusan, multimedia dan sebagainya. 
  • Menghasilkan konsep rekaan yang terdiri daripada gabungan unsur-unsur dan prinsip-prinsip rekaan mengikut kehendak pelanggan. 
  • Bertanggungjawab dalam susun atur (layout) serta format dalam setiap rekaan yang dihasilkan agar menepati citarasa pelanggan dan mempunyai nilai estetik, nilai dekoratif dan nilai komersial. 
  • Sebagai penasihat rekaan, menasihati serta memberi cadangan kepada pelanggan dalam pemilihan warna, text, visual, stail dan sebagainya, mengikut kesesuaian rekaan yang ingin dihasilkan. 
  • Memastikan setiap rekaan dicetak dengan baik mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui bersama pelanggan agar kualiti dapat dijaga. 
Fungsi dan peranan seorang pereka grafik kini lebih luas bukan sahaja terlibat dalam membantu menghasilkan konsep rekaan malahan juga terlibat menentukan hala tuju perniagaan atau syarikat mengikut kehendak pelanggan mereka.

Sekiranya anda ingin menghasilkan sesuatu rekaan yang melibatkan penggunaan visual (illustrasi, photo, logo, icon, vector, etc) dan text (typography, calligraphy, numbering etc) seperti :
  • Identiti korporat (logo, business card, letterhead, uniform) 
  • Pengiklanan & promosi (brochure, flyers, poster, print AD, Press AD) 
  • Pembungkusan (box, botol, sticker, label, tagging, paper bag, plastik beg) 
  • Digital Media ( Website, Portal, CD interaktif, E-brochure, E-Commerce) 
  • Barangan Cenderahati (Piala, Pingat, T-Shirt, Mug, Pen) 
Peluang menyambung pengajian dalam bidang rekaan grafik selepas SPM amat luas di negara ini. Terdapat banyak institusi pengajian awam mahupun swasta menawarkan program di peringkat sijil, diploma, ijazah, sarjana mahupun kedoktoran. 

Ceburilah bidang yang amat cerah ini kerana peluang pekerjaan semakin luas dalam menuju negara maju.

Baca juga | Kronologi Seorang Pereka Grafik

No comments