Kerjaya Sebagai Pereka Grafik.




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon peperiksaan SPM yang sedang menghadapi cabaran dalam menentukan masa depan pendidikan masing-masing.

Saya doakan, semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang dan betul. Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda secara ringkas mengenai kerjaya sebagai pereka grafik

Infografik di atas boleh membantu anda memahami dengan lebih mudah dan cepat. Bagi mereka yang berminat dalam bidang seni, tidak kiralah seni lukis atau seni visual, terdapat banyak peluang melanjutkan pengajian dalam bidang seni dan senireka di negara ini. 

Salah satu cabang seni yang boleh anda cuba ialah Senireka Grafik. Senireka grafik merupakan bidang yang mempunyai masa depan yang cerah dengan lambakkan peluang pekerjaan dan perniagaan di negara ini. 

Antara definisi pereka grafik itu ialah, seseorang yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menghasilkan visual sebagai medium penyampaian maklumat kepada pengguna melalui bahan-bahan percetakkan atau elektronik dengan mengaplikasikan elemen-elemen dan prinsip-prinsip dalam rekaan. 

Kerjaya sebagai pereka grafik mempunyai skop yang luas, biasanya mereka akan bekerja dalam kreatif seperti industri percetakkan, pengiklanan, penjenamaan, pembungkusan dan sebagainya.

Walaupun rekaan grafik mempunyai pelbagai pengkhususan, seorang pereka grafik boleh juga menjalankan perniagaan mereka sendiri dengan menjadi seorang freelancer atau menubuhkan syarikat rekaan sepenuh masa dalam bidang pilihan mereka.

Seorang pereka grafik bermula dengan adanya minat yang mendalam dalam bidang seni visual sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang senireka grafik pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan seterusnya PHD.
 
Klik di sini untuk mengetahui kelayakkan masuk ke peringkat diploma | Kemahiran yang diterapkan pada peringkat diploma biasanya adalah kemahiran komputer, perisian, typografi, photografi, lukisan dan juga asas senireka yang terdiri daripada elemen dan principal serta asas kepada reka letak.
 
Klik di sini untuk mengetahui subjek yang diajar pada peringkat diploma. Berlainan pada peringkat ijazah yang biasanya menekankan asas penyelidikan, penjenamaan dan juga penulisan, anda perlu menyediakan diri dengan semua kemahiran pada peringkat diploma terlebih dahulu.
 
Bagi yang ingin menceburi bidang senireka grafik ini, peluang masih terbuka untuk ambilan Mac & September. Daftarkan diri anda untuk memulakan kerjaya sebagai seorang pereka grafik dengan menyambung pengajian.


Powered by Blogger.