Tarikh Keputusan UPU 2017


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama saya tak update apa-apa berita mengenai sesi pengambilan terbaru pada tahun ini, ini adalah kerana melalui pengalaman saya, para pelajar lepasan SPM masih belum membuat keputusan muktamad sehinggalah keputusan UPU diumumkan secara rasmi.

Banyak pertanyaan yang telah saya jawab melalui email dan aplikasi whatsApp. Ada juga yang ingin membuat permohonan-permohonan awal untuk kemasukkan sesi Jun 2017. Namun seperti kebiasaanya, apabila waktu pendaftaran awal, tidak nampak kelibat mereka.

Mereka ini sebenarnya sedang melakukan 'window shopping' dan masih menaruh harapan tinggi permohonan UPU mereka akan berjaya. Ia tidak menjadi masalah sekiranya masih ingin menunggu dan terus menunggu asalkan minat nak menyambung pengajian itu masih utuh.

Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi keputusan rasmi UPU akan diumumkan iaitu pada 14 Mei 2017-20 Mei 2017. Dan tempoh rayuan selama 7 hari, sebelum keputusan rayuan diumumkan pada 11 Jun 2017. Pada kebiasaannya adik-adik lepasan SPM mula membuat keputusan mereka selepas 14 Mei, tetapi ada juga yang membuat keputusan agak lewat sehingga 17 Jun 2017.


Bagi mereka yang benar-benar ingin menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA atau UiTM. Anda perlu tahu berkenaan dengan peralihan samasa kitaran akademik baharu atau yang dinamakan MINGGU INTERIM.

Minggu Interim ini adalah satu usaha UiTM untuk menyelaraskan kembali pengajian pelajar diploma dan juga pelajar ijazah sarjana muda yang kini masing-masing akan memulakan pengajian pada bulan September.

Namun pengambilan pelajar program diploma masih bermula di bulan Jun dan akan memulakan pengajian untuk beberapa subjek yang bertumpukan kepada peningkatan softskill pelajar. Berikut adalah beberapa info mengenai minggu interim:
  • Hasil pembelajaran bertumpukan kepada peningkatan softskill pelajar 
  • Dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. 
  • Pelajar perlu mendaftar kursus university 
  • Pelajar boleh mendaftar kursus lain (di dalam atau di luar pelan pengajian masing-masing. 
  • Keputusan penilaian akedemik pelajar akan diumumkan bersama dengan keputusan peperiksaaan akhir pelajar lama diploma dan ijazah. 

Bagi yang masih blur lagi mengenai minggu interim ini tidak menjadi masalah kerana ia akan diterangkan sejelas-jelasnya apabila mendaftar sebagai pelajar nanti. Program usahasama UiTM di Kolej-kolej swasta yang terpilih juga akan menjalankan kaedah yang sama iaitu bermula dengan perlaksanaan Minggu interim selama 7 minggu.

Minggu interim akan bermula pada 05 Jun 2017 sehingga 10 September 2017. Bagi para pelajar lepasan SPM yang gagal UPU itu nanti, peluang menyertai UiTM masih terbuka luas melalui Program Usahasama UiTM ini.

Bagi mereka yang tidak mahu menunggu, anda boleh mula mendaftarkan diri untuk menyertai Program Usahasama UiTM mulai sekarang dan akan menjalani minggu interim mulai 05 Jun nanti. Tetapi sekiranya masih ingin menunggu keputusan UPU dan ingin membuat rayuan UPU, terpulang kepada diri masing-masing.
Powered by Blogger.