Menanti Keputusan SPM

SPM kembali lagi. Pastinya selepas sahaja tamat peperiksaan, adik-adik sekalian tidak sabar menunggu keputusannya. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kembali lagi dengan berpuluh ribu calon mengambilnya pada setiap tahun. Seperti kebiasaannya, IPTS –IPTS yang ada mula menyusun pelbagai strategi untuk menarik minat calon-calon SPM untuk mengikuti program-program yang mereka tawarkan diperingkat sijil dan diploma.



Ada juga calon yang telah mendapat jemputan temuduga dan ada juga yang dikhabarkan telah ditawarkan tempat di IPTS tertentu walaupun baru sehari menduduki SPM. Wow. Adik-adik yang menerima surat-surat tawaran tersebut perlulah terus fokus dengan peperiksaan dan jangan sesekali termakan pujuk rayu dengan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan dalam surat tawaran tersebut sehingga boleh hilang fokus hadapi peperiksaan.

Seperti kebiasaannya juga, saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada calon-calon SPM pada tahun ini. Sekiranya ada masa terluang, bolehlah duduk dan berfikir tentang aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang penantian keputusan SPM itu nanti. Nak bekerja sementara ke? Nak duduk kat rumah je ke? Nak ambil kursus-kursus jangka pendek ke? atau lain-lain aktiviti yang dapat mengisi masa terluang tersebut.


Cadangan saya pastinya mencadangkan adik-adik mengambil kursus-kursus jangka pendek yang diminati untuk menambah kemahiran seperti kursus-kursus:


1. Kursus Perisian Microsoft Office.


2. Kursus Perisian Adobe CC.



3. Kursus Membina Laman Web.



4. Kursus Pengucapan Awam.
5. Kursus Pertuturan Bahasa Inggeris.
6. Kursus Keusahawanan.

Atau juga kursus-kursus yang bercorak keagamaan seperti kelas mengaji al-quran, kursus pengurusan jenazah atau kursus perkahwinan, itu pun kalau mak ayah benarkan. Manakala yang perempuan pula, boleh juga mengambil kursus solekan, kursus membuat bakeri, kursus masakan atau kursus jahitan.

Semua kursus-kursus ini adalah bersifat kemahiran dan ia dijalankan secara separuh masa. Tidak rugi untuk adik-adik menghabiskan masa menunggu keputusan SPM nanti dengan mempelajari pelbagai kemahiran yang saya cadangkan ini.


Sebelum keputusan SPM diumumkan ini, adik-adik juga boleh mula membuat sedikit pembacaan mengenai :


Ini supaya adik-adik mendapat sedikit pendedahan mengenai selok-belok dan langkah-langkah dalam memilih program untuk menyambung pengajian nanti. Oklah, Sekian buat masa ini. Jumpa lagi pada artikel yang akan datang.  Good Luck For Your SPM.

Powered by Blogger.