Cara Drill Dan Memasang Bar Penyangkut Baju MULIG IKEA





Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman memasang Mulig bar yang dibeli di IKEA untuk bacaan pembaca setia sekalian. Dalam bab drill men-drill ini secara jujurnya saya memang tak banyak pengalaman, sebab lebih banyak men-jahanamkan dinding dengan menggunakan paku je sebelum ini.


Tapi kali ini, nak ke tak, memang kena drill dinding untuk memasang bar Mulig ini. Supaya lebih kukuh dan tahan lama. Kain baju yang nak digantung nanti pun bukan calang-calang beratnya.

Dalam bab pengurusan kain baju ini, kebanyakkan dari kita, part nak melipat tu yang paling malas nak buat berbanding part nak mencuci dan menjemur. Macam isteri saya ni, part basuh baju memang rajin, pantang mesin basuh tu berhenti, dia sumbat lagi baju siang dan malam tanpa henti. hehehehe.

Natijah dari sikap rajin basuh tapi malas lipat, maka terjadilah lambakkan baju yang tak sempat nak lipat. Mulanya beli satu je bakul baju, lepas tu dua, akhirnya beli 4 bakul sebab nak memuatkan semua baju-baju, tudung-tudung, seluar-seluar yang x sempat nak lipat tu.

Jadi solusi bagi suami dan isteri yang rajin basuh baju tapi malas melipat macam kami ini ialah menggantungkan sahaja semua baju-baju tersebut. Walaupun tak selesaikan masalah secara total, tapi setidak tidaknya ia menjadikan bilik kami tu nampak kemas dan tersusun, yang paling penting senang nak cari pakaian apabila nak dipakai.


Biasanya bakul baju menjadi penyelamat sementara

Berbalik pada pengalaman memasang bar Mulig IKEA ni, macam biasalah, kenalah beli bar Mulig ni dulu, walaupun ada orang per-orangan yang menjual bar ini di shopee dan platform jualan online yang lain, beli sendiri di IKEA adalah yang paling murah TAPI, cabarannya sendiri tahu la kan, bermula dari dilema cari parking kat IKEA tu sehingga lah nak membayarnya terpaksa bersesak-sesak sebab ramai sangat orang yang rajin ke IKEA ni.

Kenapa IKEA ramai orang? ada 4 sebab.
  • Orang nak cari idea untuk hiasan, susun letak, perabot di kediaman diorang.
  • Orang nak cuba baring, duduk, tertonggeng dan feling-feling kat setiap sudut pameran kat situ.
  • Orang nak makan meatball dan menu2 makanan ala-ala barat kat situ.
  • Orang nak selfie, bergambar umpama dia ada kat rumah dia sendiri lah. suke hati la tuan puan.

Jadi, dengan penuh kesabaran dan kecekalan serta keberanian, maka kami sekeluarga pergilah ke IKEA Damansara untuk membeli bar Mulig ini. Oleh kerana membayangkan jumlah kain baju yang ada di bilik tu, maka terbeli lah 10 batang bar Mulig dengan harapan cukup memuatkan semua koleksi kain baju isteri tercinta.



Sila baca buku risalah panduan sebelum memasang ye.


Mulig Bar ini boleh dilaraskan. Nak panjang atau pendek

Nasib baik lah kat IKEA ni ada lorong layan diri, tapi jumlah barang tak boleh melebihi 15 barang. oleh kerana beli 10 batang je tadi di tambah ada la barang-barang sampingan, kami gunakan je lorong layan diri yang menggunakan sistem debit atau credit card sahaja. Dapatlah feling-feling jadi casher IKEA kejap.


Fast Lane IKEA Damansara

Time ni, jangan terkejut kalau ada mamat-mamat n minah-minah yang belakang korang tu juga turut mengira barang yang korang scan. yelah, kan tak boleh lebih 15 barang, kalau bunyi scan korang tu macam lebih 15 barang je, mulalah muka tak puas hati dipersembahkan kat korang. hehehehe.

Panjang sangat mukadimah nya ni, bila nak tulis part mendrill pulak kan.. macam mana nak men-drill kalau drill pun tak ada lagi. so kena lah beli drill dulu. Korang yang dah ada drill tu baguslah, boleh terus tala dinding korang buat lobang. Den yang tak ada ni kenalah beli dulu. hehehehe.

Oleh kerana masih bodoh dalam bab-bab pertukangan terutamanya bab men-drill ni, maka pembacaan demi pembacaan dibuat sebelum beli mesin drill. Mesin drill ni kalau korang nak tahu dia bukan ada 1 jenis je, dia ada 3 jenis secara asasnya.

1. Mesin Drill jenis rotary (boleh berpusing je)
2. Mesin Drill jenis rotary + Impact (boleh pusing + menekan)
3. Mesin Drill jenis rotary + Impact + Hammer (boleh pusing + tekan + tukul)

Ini hasil pembacaan saya lah, kalau salah jangan marah sebab saya budak baru belajar la katakan. Jadi menurut persatuan pakar-pakar drill se-Malaysia (hehehehe) untuk menebuk lubang di dinding konkrit adalah lebih mudah menggunakan mesin drill yang ada fungsi menukul (hammer). Maka saya pun bergegas ke supermarket berhampiran (AEON Mall) untuk mencari mesin berkenaan.

Alhamdulillah, setelah mencari jumpa la satu yang dalam kategori mampu milik. Jenama Black + Decker. Jenama lain hanya mampu pandang sahaja terutamanya jenama Bosch tu ha. Drill yang saya beli harganya RM 178 je. Bolehlah untuk kegunaan sendiri. Mesin ini didatangkan dengan set seperti yang ada kat packaging-nya tu ha.







Sebelum terlupa, oleh kerana beli 10 batang bar Mulig tu, setelah dikira dengan menggunakan calculator, 1 batang Mulig ada 4 lubang, 10 batang = 40 lubang. Jadi kenalah beli set skru dan wall plug yang IKEA ada jual ini.



Lagipun kalau nak dibandingkan kebesaran skru dan wall plug yang ada di set drill tu bezanya terlalu besar. Jadi, korang jangan lupa beli set skru IKEA ni sekali ye. Selesai beli bar Mulig dan Mesin Drill maka berbekalkan semangat yang ada demi isteri tercinta yang mendambakan sebuah bilik yang mampu memuatkan koleksi kain baju beliau. Maka kerja-kerja pemasangan pun dimulakan.



Perbandingan Wall plug dan skru IKEA berbandingan yang percuma.

Berikut adalah tips yang korang boleh cuba bagi memudahkan kerja memasang bar Mulig IKEA ini.

#Tips 1 | Drill Bit


Selain dari mesin drill jenis rotary hammer, sila gunakan drill bit yang betul untuk dinding konkrit. Drill bit yang berkualiti tinggi juga menjadi satu faktor utama, sebab drill bit yang diberikan percuma biasa mampu tebuk satu lubang sahaja. Yang sebelah kiri tu drill bit percuma berbanding drill bit Bosch sebelah kanan.

Bayangkan, 20 minit jugalah untuk menebuk lubang yang kedua masa ini. Sampai dah patah semangat nak tebuk lagi 38 lubang tu ha. Jadi hasil dari pembacaan, disarankan untuk membeli drill bit yang lebih berkualiti. Jadi saya pun lari la kejap ke hardware berhampiran dan membeli drill bit jenama Bosch. Tak dapat mesin drill dia, dapat drill bit jenama Bosch pun jadilah.



Yang bagusnya drill bit ni, ia adalah multi purpose, semua permukaan boleh dilubangkannya. Jadi dengan yakinnya saya pun belilah.




#Tips 2 | Jangan beli satu Drill bit je.

Bila dah beli drill bit Bosch ni, memang kerja-kerja menebuk lubang yang tadinya lembab macam siput khinzir, kini lancar dan hanya mengambil masa 5 saat je untuk menembusi dinding yang masih 'dara' tu. TAPI... masuk lubang ke 8, dah mula berpeluh nak menebuk lubang.




Sampai lubang ke 10, memang tak daya dah nak tekan ke dalam. Jadi kenalah sekali lagi ke hardware untuk beli drill bit lagi. Jadi secara sifir mudahnya, satu drill bit yang berkualiti mampu menebuk 10 lubang sahaja.






Oleh kerana ada 40 lubang, kenalah beli 4 batang drill bit. Tukar setiap 10 lubang. Dengan Drill bit yang berkualiti dan mesin drill yang mempunyai fungsi hammer, penjimatan tenaga dan masa dapat dijimatkan secara maksimum.

Penutup 


Sudut ni khas untuk koleksi tudung-tudung isteri 



Hasilnya selepas siap. Alhamdulillah

Setelah bertungkus lumus dengan mesin drill sepanjang hari, maka siaplah pemasangan penyangkut baju Mulig IKEA di bilik kami. Kalau korang tengok, saya pasang terbalik Mulig ni kerana ada sebab sendiri.

Harap perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang beginner macam saya dalam kerja-kerja drill men-drill ni. Sampai berjumpa lagi di lain perkongsian ye, Sekian dan selamat mencuba.


Powered by Blogger.