Nama & Tempat Bermulanya Seorang Designer


Dalam menuntut ilmu untuk menjadi seorang designer, anda perlu berguru dengan designer juga. Anda perlu belajar dengan designer yang berstatus pensyarah, guru, mentor dan jurulatih kerana tidak semua designer mempunyai bakat mengajar untuk melahirkan designer yang lain.

Langkah seterusnya, kenalpasti bidang pengkhususan pembelajaran anda, bidang rekaan grafik mempunyai pelbagai pengkhususan dengan nama yang berbeza seperti :-

Nama-nama program rekaan grafik yang terdapat di Malaysia (Sijil, Diploma & Ijazah)
  • Senireka Grafik & Media Digital. 
  • Reka Bentuk Grafik dan Multimedia. 
  • Teknologi Rekabentuk Grafik. 
  • Rekaan Komunikasi Visual. 
  • Rekabentuk Grafik. 
  • Grafik Dan Reka Bentuk Multimedia. 
  • Pengiklanan dan Rekabentuk Grafik. 
  • Grafik Komunikasi. 
  • Eksekutif Reka Bentuk Grafik. 
  • Seni Reka Grafik Berkomputer. 
  • Seni Reka Grafik Digital. 
  • Art & Design. 
Berbeza pusat pengajian, maka biasanya berbeza juga-lah nama program yang ditawarkan. Namun, asasnya adalah sama, cuma pengkhususan mungkin sedikit berbeza. 

Hasil di akhir pembelajaran adalah untuk menjadikan anda seorang pereka grafik. Sekarang, di mana pula anda ingin sambung pengajian dalam rekaan grafik? Tidak semua IPTA atau IPTS menawarkan program ini.

Antara IPTA yang menawarkan program rekaan grafik ialah:
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Universiti Sains Malaysia (USM).
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP).
  • Universiti Selangor (UNISEL).
  • Politeknik Sultan Ibrahim.
  • Politeknik Muadzam Shah.
  • Institut Kemahiran MARA Sik Kedah.
  • Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.
  • Institut Seni Lukis Malaysia .
  • Dan lain-lain yang ketinggalan dalam artikel ini.

Antara IPTS yang menawarkan program rekaan grafik ialah:
  • Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing 
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 
  • Management and Science University 
  • Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) 
  • Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur 
  • Kolej Universiti TATI 
  • Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech 
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur 
  • Kolej ALFA 
  • Kolej Antarabangsa Impiana 
  • Kolej IACT (Pengiklanan, Komunikasi & Teknologi Antarabangsa) 
  • Kolej IKIP di Kuantan 
  • Kolej Karisma 
  • Kolej KDU 
  • Kolej New Era 
  • Kolej Point 
  • Kolej PTPL 
  • Kolej Saito 
  • Kolej SEGi Kota Damansara 
  • Kolej Sunway 
  • Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint 
  • Kolej Teknologi Timur 
  • Kolej UNITI 
  • PJ College of Art and Design 
  • Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) 
  • Dan lain-lain yang ketinggalan dalam artikel ini.

Tugas anda ialah buatlah sedikit kajian dengan melawat laman web rasmi mereka dan boleh berjumpa dengan wakil IPTA / IPTS di karnival-karnival atau roadshow-roadshow pendidikan yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun swasta. 

Anda juga sebenarnya boleh menghadiri hari terbuka atau Open Day setiap IPTA/IPTS yang menganjurkannya di awal pengambilan pelajar baru. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri fasiliti atau kemudahan yang ada.

Ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Kronologi Seorang Pereka Grafik ? Artikel ini bakal menjawab segala pertanyaan yang memerlukan jawapan di fikiran anda.
Powered by Blogger.