05 Tips 'Lain Macam' Untuk Pelajar Rekaan Grafik.
Assalammualaikum dan Salam sejahtera.
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS di seluruh Negara.
Semoga anda yang membaca artikel ini mendapat faedah berdasarkan tips-tips yang saya kongsikan. Panjangkanlah ilmu ini kepada rakan-rakan dengan ‘share’ di medium media sosial sebagai satu usaha menyebarkan ilmu dan kebaikan. In Sha Allah.
Antara tips-tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
#Tips 01: Lakukan Banyak Rujukan.
Pada peringkat permulaan ini, pastinya ‘bank visual’ di dalam diri anda masih kurang dan memerlukan banyak contoh rujukan kepada rekaan-rekaan yang dibuat oleh pereka yang berpengalaman.
Lakukan carian di google image bagi melihat rekaan-rekaan yang terkini dan berkualiti. Buat folder di komputer anda untuk menyimpan segala sumber rujukan yang telah disimpan mengikut kategori supaya mudah dicari apabila diperlukan kelak.
Lakukannya sebagai rutin harian, lagi banyak sumber rujukan lebih mudah dan berkualiti rekaan anda kelak. Bukan tiru rekaan-rekaan tersebut, tetapi ikut cara mereka menghasilkannya.
#Tips 02: Penuhkan ‘Design Tools Bank’ Anda.
Apa yang saya maksudkan dengan istilah ‘design tools’ ialah seperti :
Tidak dinafikan tutorial-tutorial adalah merupakan pensyarah kedua yang mengajarkan teknik-teknik yang kadang-kadang amat berguna untuk di-aplikasikan pada rekaan anda. Cari dan simpan tutorial-tutorial yang boleh anda gunakan.
Walaupun tidak semua tutorial ini sesuai untuk anda gunakan, tetapi dengan mengetahui teknik tertentu anda mampu memanipulasinya untuk menghasilkan teknik anda sendiri.
Antara tutorial yang boleh anda cari dan simpan ialah seperti teknik menghasilkan kesan khas dalam Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Tutorial mengenai perisian lain juga boleh anda cari dan pelajari.
Ada antara kita yang menjauhkan diri dengan tenaga pengajar kerana takut digelarkan pelajar suka kipas atau sebagainya.
Namun tahukah anda, sekiranya pensyarah anda mengenali nama dan wajah anda ia merupakan satu bonus.
Kenapa saya berkata demikian, percaya atau tidak, kebanyakkan pensyarah tidak mengenali setiap pelajar-pelajarnya kecuali dua golongan iaitu:
Bonus yang saya maksudkan pula ialah bila mana pensyarah ingin memberi markah akhir kepada artwork mahupun peperiksaan anda.
Lumrah bagi seorang manusia, tidak sanggup melihat yang mereka kenal dengan kebaikkan gagal di depan mata mereka. Buat baik pasti dibalas baik, setiap usaha pasti ada hasilnya.
#Tips 05: Minta Pendapat Kawan & Lawan.
Walaupun agak susah bagi seorang pelajar rekaan grafik untuk menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan se-kuliah mahupun senior se-fakulti atas sebab-sebab ego dan maruah diri.
Namun untuk proses pembelajaran, komen dan kritikkan dari orang lain amat diperlukan. Selain dari berjumpa pensyarah subjek untuk mendapatkan kritikan, anda juga boleh berjumpa dengan pensyarah lain bagi tujuan second opinion.
Juga sangat digalakkan untuk menggunakan medium media sosial demi mendapatkan third opinion dan sebagainya. Lebih banyak kritikan dan juga pandangan, ia mampu menjadikan anda lebih matang dalam menghasilkan rekaan.
Perlu juga untuk anda membezakan antara kritikan membina (positif) dengan kritikan menjatuhkan (negative).
Kesimpulannya:
Memang diakui terdapat banyak tips-tips lain yang boleh anda amalkan. Tips-tips yang saya kongsikan ini adalah sebagai tambahan sahaja.
Sekiranya ia boleh diamalkan, keberkesanannya telah terbukti berkesan. In Sha Allah. Selamat mencuba.

Pastinya impian anda kini adalah ingin menamatkan pengajian dengan jayanya dan seterusnya menyumbangkan kemahiran masing-masing di sektor pekerjaan nanti.
Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana peluang yang lain masih terbuka luas untuk anda cuba.

Masih banyak institusi swasta dan kolej-kolej kemahiran yang boleh anda sertai demi ilmu yang tiada hadnya.
Baiklah, pada kali ini, saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan oleh para pelajar terutamanya pelajar dalam jurusan rekaan grafik.

Tips-tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi pelajar dan pensyarah dalam jurusan ini.
Semoga anda yang membaca artikel ini mendapat faedah berdasarkan tips-tips yang saya kongsikan. Panjangkanlah ilmu ini kepada rakan-rakan dengan ‘share’ di medium media sosial sebagai satu usaha menyebarkan ilmu dan kebaikan. In Sha Allah.
Antara tips-tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
#Tips 01: Lakukan Banyak Rujukan.
Pada peringkat permulaan ini, pastinya ‘bank visual’ di dalam diri anda masih kurang dan memerlukan banyak contoh rujukan kepada rekaan-rekaan yang dibuat oleh pereka yang berpengalaman.
Lakukan carian di google image bagi melihat rekaan-rekaan yang terkini dan berkualiti. Buat folder di komputer anda untuk menyimpan segala sumber rujukan yang telah disimpan mengikut kategori supaya mudah dicari apabila diperlukan kelak.
Lakukannya sebagai rutin harian, lagi banyak sumber rujukan lebih mudah dan berkualiti rekaan anda kelak. Bukan tiru rekaan-rekaan tersebut, tetapi ikut cara mereka menghasilkannya.
#Tips 02: Penuhkan ‘Design Tools Bank’ Anda.
Apa yang saya maksudkan dengan istilah ‘design tools’ ialah seperti :
- Fail-fail vector (logo, icon, symbol etc)
- Mock up (mock up business card, brochure, buku etc)
- Action Photoshop (Adobe Photoshop)
- Pattern Photoshop (Adobe Photoshop)
- Graphic Styles (Adobe illustrator)
- Apa-apa bahan yang memudahkan anda menghasilkan rekaan.
Dan sebagainya yang anda boleh muat turun untuk simpanan anda. Koleksi design tools ini bakal mempercepatkan kerja-kerja rekaan anda nanti.
#Tips 03: Simpan Tutorial-tutorial Berguna.
Tidak dinafikan tutorial-tutorial adalah merupakan pensyarah kedua yang mengajarkan teknik-teknik yang kadang-kadang amat berguna untuk di-aplikasikan pada rekaan anda. Cari dan simpan tutorial-tutorial yang boleh anda gunakan.
Walaupun tidak semua tutorial ini sesuai untuk anda gunakan, tetapi dengan mengetahui teknik tertentu anda mampu memanipulasinya untuk menghasilkan teknik anda sendiri.
Antara tutorial yang boleh anda cari dan simpan ialah seperti teknik menghasilkan kesan khas dalam Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Tutorial mengenai perisian lain juga boleh anda cari dan pelajari.
#Tips 04: Dekat Dengan Tenaga Pengajar.
Ada antara kita yang menjauhkan diri dengan tenaga pengajar kerana takut digelarkan pelajar suka kipas atau sebagainya.
Namun tahukah anda, sekiranya pensyarah anda mengenali nama dan wajah anda ia merupakan satu bonus.
Kenapa saya berkata demikian, percaya atau tidak, kebanyakkan pensyarah tidak mengenali setiap pelajar-pelajarnya kecuali dua golongan iaitu:
- Pelajar yang bermasalah (nakal, lemah, degil etc)
- Pelajar yang terbaik (yang selalu tolong pensyarah, jumpa pensyarah, etc)
Bonus yang saya maksudkan pula ialah bila mana pensyarah ingin memberi markah akhir kepada artwork mahupun peperiksaan anda.
Lumrah bagi seorang manusia, tidak sanggup melihat yang mereka kenal dengan kebaikkan gagal di depan mata mereka. Buat baik pasti dibalas baik, setiap usaha pasti ada hasilnya.
#Tips 05: Minta Pendapat Kawan & Lawan.
Walaupun agak susah bagi seorang pelajar rekaan grafik untuk menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan se-kuliah mahupun senior se-fakulti atas sebab-sebab ego dan maruah diri.
Namun untuk proses pembelajaran, komen dan kritikkan dari orang lain amat diperlukan. Selain dari berjumpa pensyarah subjek untuk mendapatkan kritikan, anda juga boleh berjumpa dengan pensyarah lain bagi tujuan second opinion.
Juga sangat digalakkan untuk menggunakan medium media sosial demi mendapatkan third opinion dan sebagainya. Lebih banyak kritikan dan juga pandangan, ia mampu menjadikan anda lebih matang dalam menghasilkan rekaan.
Perlu juga untuk anda membezakan antara kritikan membina (positif) dengan kritikan menjatuhkan (negative).
Kesimpulannya:
Memang diakui terdapat banyak tips-tips lain yang boleh anda amalkan. Tips-tips yang saya kongsikan ini adalah sebagai tambahan sahaja.
Sekiranya ia boleh diamalkan, keberkesanannya telah terbukti berkesan. In Sha Allah. Selamat mencuba.
Cadangan Pembacaan | Nasihat Berguna Untuk Mahasiswa Universiti