Pengenalan Kepada Kolej Komuniti






Ramai juga antara para pelajar yang bertanya perbezaan antara Kolej Komuniti dengan Kolej MARA atau Giat MARA dan sebagainya. Pada artikel lepas, saya telah kongsikan berkenaan dengan Kolej-kolej di bawah seliaan MARA yang mana akan mendapat tajaan dari pihak MARA. 

Kali ini saya kongsikan pula berkenaan Kolej Komuniti yang semakin menjadi pilihan kepada pelajar lepasan SPM. Apa itu Kolej Komuniti? Kolej Komuniti adalah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditadbir urus oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. 

Kolej ini sebenarnya adalah sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum diserap ke pasaran tenaga kerja tempatan atau terus melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi di Kolej Komuniti. 

Kolej Komuniti juga berperanan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat (masyarakat Komuniti) untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti. 

Secara ringkasnya Kolej Komuniti ditubuhkan khas untuk masyarakat setempat dan para pelajar lepasan SPM yang ketinggalan atau tidak layak ke IPT atau hanya sekadar lulus SPM sahaja. Syarat kemasukkan yang rendah ini sangat membantu dan memberi peluang kedua kepada para lepasan SPM untuk persediaan ke alam pekerjaan. 

Kolej Komuniti menawarkan pengajian peringkat Sijil dan Diploma. Berikut adalah peringkat pengajian yang ditawarkan:

Peringkat Sijil
  1. Sijil Agroteknologi 
  2. Sijil Akuakultur 
  3. Sijil Animasi 2d 
  4. Sijil Animasi 3d 
  5. Sijil Dandanan Rambut 
  6. Sijil Fesyen Dan Pakaian 
  7. Sijil Kulinari 
  8. Sijil Landskap 
  9. Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan) 
  10. Sijil Operasi Perhotelan 
  11. Sijil Pastri 
  12. Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan 
  13. Sijil Pelukis Pelan Senibina 
  14. Sijil Pemasangan Elektrik 
  15. Sijil Pembuatan Kasut Dan Kraf Kulit 
  16. Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan 
  17. Sijil Pengendalian Acara 
  18. Sijil Pengoperasian Perniagaan 
  19. Sijil Penyenggaraan Bangunan 
  20. Sijil Penyenggaraan Industri 
  21. Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) 
  22. Sijil Perakaunan 
  23. Sijil Rekabentuk Dalaman 
  24. Sijil Rekabentuk Dan Pembuatan Perabot 
  25. Sijil Seni Visual Kreatif 
  26. Sijil Servis Kenderaan Ringan 
  27. Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan 
  28. Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan) 
  29. Sijil Teknologi Maklumat 
  30. Sijil Teknologi Pembinaan 
  31. Sijil Teknologi Pembuatan 
  32. Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara 
  33. Sijil Terapi Kecantikan Dan Spa 
Peringkat Diploma
  1. Diploma Dandanan Rambut 
  2. Diploma In Architectural Technology 
  3. Diploma In Customer Service Management 
  4. Diploma In Electronics (Instrumentation) 
  5. Diploma In Games Art 
  6. Diploma In Mechanical Engineering Technology (Cadd) 
  7. Diploma In Mobile Technology 
  8. Diploma In Patisseri 
  9. Diploma In Security Technology 
  10. Diploma In Telecommunication Technology 
  11. Diploma Teknologi Solar Fotovoltan 
  12. Diploma Terapi Kecantikan 

Sijil Khas (Golongan Oku)
  1. Sijil Asas Jahitan Kreatif 
  2. Sijil Asas Kulinari 
  3. Sijil Asas Landskap 
  4. Sijil Asas Pastri 
  5. Sijil Asas Pemprosesan Makanan 

Terdapat 92 buah Kolej Komuniti di seluruh negara yang boleh adik pilih. Berikut adalah Senarai Kolej Komuniti Di Malaysia:
  1. Kolej Komuniti Arau 
  2. Kolej Komuniti Bandar Darulaman 
  3. Kolej Komuniti Jerai 
  4. Kolej Komuniti Bandar Baharu 
  5. Kolej Komuniti Langkawi 
  6. Kolej Komuniti Kulim 
  7. Kolej Komuniti Sungai Petani 
  8. Kolej Komuniti Baling 
  9. Kolej Komuniti Padang Terap 
  10. Kolej Komuniti Sik 
  11. Kolej Komuniti Kepala Batas 
  12. Kolej Komuniti Nibong Tebal 
  13. Kolej Komuniti Bukit Mertajam 
  14. Kolej Komuniti Bayan Baru 
  15. Kolej Komuniti Tasek Gelugor 
  16. Kolej Komuniti Seberang Jaya 
  17. Kolej Komuniti Chenderoh 
  18. Kolej Komuniti Kuala Kangsar 
  19. Kolej Komuniti Gerik 
  20. Kolej Komuniti Sungai Siput 
  21. Kolej Komuniti Pasir Salak 
  22. Kolej Komuniti Tapah 
  23. Kolej Komuniti Teluk Intan 
  24. Kolej Komuniti Manjong 
  25. Kolej Komuniti Taiping 
  26. Kolej Komuniti Batu Gajah 
  27. Kolej Komuniti Gopeng 
  28. Kolej Komuniti Bagan Serai 
  29. Kolej Komuniti Bagan Datoh 
  30. Kolej Komuniti Sabak Bernam 
  31. Kolej Komuniti Tanjong Karang 
  32. Kolej Komuniti Hulu Selangor 
  33. Kolej Komuniti Selayang 
  34. Kolej Komuniti Kuala Langat 
  35. Kolej Komuniti Klang 
  36. Kolej Komuniti Hulu Langat 
  37. Kolej Komuniti Shah Alam 
  38. Kolej Komuniti Ampang 
  39. Kolej Komuniti Kelana Jaya 
  40. Kolej Komuniti Jempol 
  41. Kolej Komuniti Jelebu 
  42. Kolej Komuniti Tampin 
  43. Kolej Komuniti Rembau 
  44. Kolej Komuniti Masjid Tanah 
  45. Kolej Komuniti Tangga Batu 
  46. Kolej Komuniti Selandar 
  47. Kolej Komuniti Bukit Beruang 
  48. Kolej Komuniti Kota Melaka 
  49. Kolej Komuniti Jasin 
  50. Kolej Komuniti Ledang 
  51. Kolej Komuniti Pagoh 
  52. Kolej Komuniti Muar 
  53. Kolej Komuniti Segamat 
  54. Kolej Komuniti Segamat 2 
  55. Kolej Komuniti Bandar Penawar 
  56. Kolej Komuniti Bandar Tenggara 
  57. Kolej Komuniti Pasir Gudang 
  58. Kolej Komuniti Tanjung Piai 
  59. Kolej Komuniti Kota Tinggi 
  60. Kolej Komuniti Batu Pahat 
  61. Kolej Komuniti Kluang 
  62. Kolej Komuniti Rompin 
  63. Kolej Komuniti Bentong 
  64. Kolej Komuniti Raub 
  65. Kolej Komuniti Temerloh 
  66. Kolej Komuniti Lipis 
  67. Kolej Komuniti Bera 
  68. Kolej Komuniti Kuantan 
  69. Kolej Komuniti Paya Besar 
  70. Kolej Komuniti Pekan 
  71. Kolej Komuniti Jerantut 
  72. Kolej Komuniti Kuala Terengganu 
  73. Kolej Komuniti Kemaman 
  74. Kolej Komuniti Besut 
  75. Kolej Komuniti Pasir Mas 
  76. Kolej Komuniti Jeli 
  77. Kolej Komuniti Kok Lanas 
  78. Kolej Komuniti Kuching 
  79. Kolej Komuniti Kuching 
  80. Kolej Komuniti Mas Gading 
  81. Kolej Komuniti Miri 
  82. Kolej Komuniti Betong 
  83. Kolej Komuniti Santubong 
  84. Kolej Komuniti Sarikei 
  85. Kolej Komuniti Tawau 
  86. Kolej Komuniti Semporna 
  87. Kolej Komuniti Lahad Datu 
  88. Kolej Komuniti Sandakan 
  89. Kolej Komuniti Tambunan 
  90. Kolej Komuniti Beaufort 
  91. Kolej Komuniti Penampang 
  92. Kolej Komuniti Kota Marudu 
Sekiranya adik berminat melanjutkan pengajian mengikut bidang yang ada di Kolej Komuniti ini, adik-adik boleh layari laman web berikut: http://www.jpkk.edu.my/jpkk/



Powered by Blogger.