5 Perkara Sebelum Anda Menyambung Pengajian.




Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada semua pelajar saya yang berjaya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di seluruh rangkaian Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Alhamdulillah seramai 48 orang pelajar dari 84 orang yang berjaya menamatkan pengajian pada Peperiksaan September 2015 yang lalu berjaya melanjutkan pengajian masing-masing.

Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum menyambung pengajian.

#Perkara 01: Niat

Tanamkan niat untuk menuntut Ilmu melebihi dari segalanya, Jika niat menuntut ilmu itu menebal dalam jiwa anda, In Sha Allah, Ilmulah yang akan anda perolehi nanti.

#Perkara 02: Kos

Tiada yang percuma di zaman teknologi ini, walaupun ada yang mendakwa pendidikan seharusnya diberi percuma. Sebelum anda membuat keputusan untuk menyambung pengajian, Lihatlah kemampuan dari segi kewangan terlebih dahulu agar anda tidak membebankan sesiapa kelak.

#Perkara 03: Minat 

Pastikan bidang yang anda ceburi memang menjadi minat anda, bukan hanya mengikut rakan-rakan, bukan sebab arahan dan keinginan ibu-bapa dan sebagainya. 

Tetapi sebab anda minat dalam bidang yang diceburi kerana dari minat inilah anda mampu menjadikannya sebagai kerjaya kelak.

#Perkara 04: Ilmu Asas

Khas untuk mereka yang menyambung ke peringkat yang lebih tinggi, Ilmu asas semasa peringkat diploma atau sijil perlu sentiasa diasah dan diperbaiki malah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 

Bukan pada peringkat Ijazah baru terkial-kial mempelajari ilmu asas, kerana dikuatiri yang dikejar x dapat yang digendong berciciran.


#Perkara 05: Kerjaya

Dan yang terakhir sekali, bidang yang anda ceburi dan pelajari itu adakah mempunyai peluang kerjaya selepas tamat pengajian nanti? bagaimana dengan persaingannya? adakah bidang tersebut membolehkan anda bekerja sendiri kelak, atau sekurang-kurangnya membolehkan anda membuka sebuah perniagaan?

Seharusnya anda telah mempunyai jawapan serta perancangan yang rapi sebelum menyambung pengajian.
Powered by Blogger.