5 Soalan Menghadiri Karnival Pendidikan


Bukan hanya mengumpul brochure, flyers atau pen percuma semasa menghadiri karnival pendidikan, malah pada waktu inilah sepatutnya para lepasan SPM meneliti program atau kursus yang ingin diceburi dengan sedalam-dalamnya.


5 soalan wajib ditanya kepada pegawai pemasaran yang mewakili pelbagai jenis IPT yang menyertai Karnival tersebut.

1. Apakah peluang kerjaya yang ada selepas tamat pengajian?
Soalan ini bagi memastikan program yang anda pilih mempunyai masa depan yg cerah dari segi peluang pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.

2. Berapakah yuran keseluruhan program yang ditawarkan?
Ukurlah baju di badan sendiri, itu lah perumpamaan yang tepat supaya anda tidak menghadapi masalah menjelaskan yuran sepanjang pengajian. Berbincang dengan ibu bapa serta pihak kolej sekiranya mereka mempunyai kaedah bayaran ansuran ataupun biasiswa.

http://www.ktt2.edu.my/fssr/ 


3. Adakah asrama disediakan sepanjang pengajian?
Tidak semua IPT mempunyai asrama sendiri, dan kadang-kadang ia terhad. Pastikan anda bersedia dari segi kewangan serta pengangkutan sekiranya asrama tidak disediakan atau terhad semasa semester 1 sahaja.

4.Bagaimana dengan peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi?
Selain dari program yang sama, bolehkah lepasan program ini layak menyambung ke program lain di peringkat yang lebih tinggi? atau terhad dalam bidang sahaja.


http://www.ktt2.edu.my/fssr/


5. Adakah program ini menyediakan saya untuk bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan sendiri sekiranya peluang kerjaya terhad di luar sana? 
Selain dari bekerja dengan orang atau makan gaji, apakah peluang lain program ini mampu berikan sekiranya anda tidak mendapat pekerjaan kelak?

http://www.ktt2.edu.my/fssr/


Tepuk dada, tanyalah selera selepas mendapat penerangan serta jawapan dari setiap booth yang anda kunjungi. Buat pilihan yang bijak agar tidak menyesal di kemudian hari. 

Carilah program yang mampu menjadikan anda seorang bos (bekerja sendiri) dari program yang hanya menyediakan anda untuk menjadi seorang pekerja. 
Powered by Blogger.