Mulakan Perniagaan Anda Di Lazada

Keputusan Temuduga Guru MARA




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini genaplah dua bulan selepas menjalani temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 untuk menjadi guru MARA atau lebih dikenali dengan program MARA Assessment Center (MAC)

Debaran menanti keputusan pada kali ini lebih terasa berbanding kali pertama mengikutinya dulu pada tahun 2013. Kali ini jadi lebih mendebarkan mungkin kerana ini merupakan percubaan kali yang kedua. Pastinya harapan lebih tinggi diletakkan dari yang sebelumnya. 

Mengikut pembacaan saya, keputusan paling cepat biasanya diumumkan dalam masa 2 bulan selepas temuduga dan paling lewat sehingga 6 bulan. Dan sekiranya masih tidak dapat panggilan selepas 6 bulan, permohonan anda dikira gagal. Itu lah yang berlaku pada saya 4 tahun lepas semasa mengikuti temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Sungai Jawi Pulau Pinang. 



Seperti yang pernah saya janjikan semasa menulis artikel Peluang Kerjaya Graduan Seni Reka, hari ini saya akan berkongsi pengalaman menghadiri program MARA Assessment Center untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 pada bulan Ogos 2017 yang lalu di Kolej Kemahiran Tinggi MARA KKTM Lenggong Perak




Walaupun ini adalah percubaan kedua untuk jawatan yang sama tetapi ia berbeza pada subjek yang saya pohon. Kali pertama saya menghadiri temuduga ini adalah pada 04 Disember 2013 yang pada ketika itu dijalankan di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Sungai Jawi Pulau Pinang. 

Percubaan pertama dahulu adalah untuk subjek Grafik/Media Digital tetapi pada kali ini untuk percubaan kali ke kedua adalah untuk subjek Pendidikan Seni / Visual. Walaupun percubaan pertama gagal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba kali kedua dan sehingga kini menanti keputusannya. 

Seperti biasa, selepas iklan penjawatan keluar, dengan segera saya membuat permohonan online supaya tidak ketinggalan seperti tahun-tahun sebelum ini. Alhamdulillah selepas beberapa hari permohonan online dibuat, saya menerima sms pada 02 Ogos 2017 pemberitahuan untuk mengambil ujian Penilaian Secara Online pada keesokkan harinya 03 Ogos 2017. 



Pada permohonan kali pertama dulu, tidak ada Ujian Penilaian Secara Online tetapi pada kali ini ada penilaian secara atas talian yang memfokuskan tentang MARA dan dunia pendidikan serta isu semasa Negara yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. 




Lebih kurang seminggu kemudian, Alhamdulillah saya menerima satu sms menyatakan saya berjaya ke MARA Assessment Center di Kolej Kemahiran Tinggi MARA KKTM Lenggong Perak dan surat tawaran temuduga serta borang-borang berkaitan boleh di muat turun di link yang diberikan. 





Saya akan kongsikan pengalaman saya secara ringkas kerana terdapat banyak artikel perkongsian pengalaman dari mereka yang pernah menghadiri temuduga berpusat MARA ini yang boleh anda baca sendiri. Secara asasnya ia sama sahaja dengan pengalaman saya. Artikel ini lebih berkongsi tentang tips-tips yang boleh anda cuba sekiranya terpilih menghadiri MARA Assessment Center ini. 





Ingin mengetahui lanjutan pengalaman saya semasa menghadapi temuduga ini ?

Untuk mengetahui apakah tips-tips yang ingin saya kongsikan mengikut pengalaman peribadi saya semasa menghadiri MARA Assessment Center ini. Jom Klik laman web saya di sini.


28 comments:

  1. Replies
    1. Dh try, tq admin..boleh x kasi tips info ttg interview...soalan isu semasa ape yg kerap ditanye..politik atau sosial isu..lps tu utk temuduga pendidikan seni apa yg wajib sy tahu?

      Delete
    2. Mengenai sesi interview 5 orang candidate berhadapan 3 orang panel, Soalan biasanya berkisar tentang:
      1. Isu semasa (Cth: Sukan besar yang sedang berlangsung, Isu besar yang tengah viral)
      2. politik ( setakat 2 kali interview, tiada soalan berkaitan politik)
      3. ready untuk soalan Revolusi Industri (IR 4).

      Temuduga subjek pendidikan seni.
      Wajib lukisan cantik semasa ujian melukis. Semasa Teaching Session, pilih topik yang berkaitan pendidikan seni Asas atau Pertengahan.

      Delete
  2. Assalamualaikum admin, Dah mohon tak tau ada rezeki ke tak. Katanya akan ada ujian online this month. Masih menanti cuma nak tau bayak ke soalan online tu? Soalan susah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, kalau ada rezeki akan ke MARA Assesment Center tu nanti.

      Tapi mmg kena lepasi ujian online dulu untuk melihat kesesuaian untuk menjadi seorang pendidik.

      Soalan online nak kata susah tu x la. Cuma banyak berkisar dunia perguruan dan isu semasa.

      Delete
    2. Risau pulak mengenangkan exam online. Soalan banyak tak admin? adakah ditetapkan masa tertentu untuk jawab exam, mcm exam SPA?

      Delete
    3. Soalan macam rakan kita cakap kat komen bawah tu ada 75 soalan perlu jawab dalam masa 45 minit. wow.

      Delete
  3. Alhamdulillah saya terima mesej untuk menduduki exam online pada esok hari. Maklumat di website maklumkan ada 75 soalan perlu dijawab selama 45 minit. Minta doakan semuanya ye. All the best yg jawab exam online jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berjaya kawan. Gunakan 45 minit tu sehabisnya, jgn nak cepat habis je key.

      Delete
  4. Terima kasih admin. Saya dapat tambah info tentang proses MARA Assesment ni

    ReplyDelete
  5. Boleh tinggalkan no phone korang tak, baca from previous blog bnyk buat mcm tu. Crete ws group, so any information boleh share sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dpt jugak ujian online utk esok? nak buat whatsapp group x?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Saya pun dpt exam online besok.Good luck ye semua..

    ReplyDelete
  7. Saya dapat ujian online jugak tapi bila nak check kata tiada dalam senarai pulak. pelik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Maybe since notice tu tulis, 10am exam start, so lepas pukul 10 baru valid kot. Btw, ada ke create grp whtsapp? Nak masukkk

      Delete
    2. ada create group watsapp?..add 0138076071

      Delete
  8. Hai. Thanks admin share info. Boleh bago 1 contoh tak soalan online tu mcm mana. Nervous pula.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, ad sapa2 yg dpt pergi Interview mara 25 hb ni?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusslm ...saya dapat twarn interview tapi tak dapat nak masuk untuk print surat tawaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tau tuan, dapat interview untuk subjek apa? Kat mana interview tu?

      Delete
    2. subj.pendidikan Islam,i/v kat ikm sabah

      Delete
  11. Salam. Yg dpt interview akan dpt mesej ke. Kalau tak dapat mesej meaning tak berjaya ujian online la ye. ��

    ReplyDelete
  12. Aizat interview 25hb ni subj.apa? kat mana?

    ReplyDelete
  13. Sapa2 yg dah i/view tu boleh share pengalaman dan tips ...😊

    ReplyDelete