Keputusan Temuduga Guru MARA




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini genaplah dua bulan selepas menjalani temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 untuk menjadi guru MARA atau lebih dikenali dengan program MARA Assessment Center (MAC)

Debaran menanti keputusan pada kali ini lebih terasa berbanding kali pertama mengikutinya dulu pada tahun 2013. Kali ini jadi lebih mendebarkan mungkin kerana ini merupakan percubaan kali yang kedua. Pastinya harapan lebih tinggi diletakkan dari yang sebelumnya. 

Mengikut pembacaan saya, keputusan paling cepat biasanya diumumkan dalam masa 2 bulan selepas temuduga dan paling lewat sehingga 6 bulan. Dan sekiranya masih tidak dapat panggilan selepas 6 bulan, permohonan anda dikira gagal. Itu lah yang berlaku pada saya 4 tahun lepas semasa mengikuti temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Sungai Jawi Pulau Pinang. 



Seperti yang pernah saya janjikan semasa menulis artikel Peluang Kerjaya Graduan Seni Reka dalam blog di derekacreative.com, hari ini saya akan berkongsi pengalaman menghadiri program MARA Assessment Center untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 pada bulan Ogos 2017 yang lalu di Kolej Kemahiran Tinggi MARA KKTM Lenggong Perak




Walaupun ini adalah percubaan kedua untuk jawatan yang sama tetapi ia berbeza pada subjek yang saya pohon. Kali pertama saya menghadiri temuduga ini adalah pada 04 Disember 2013 yang pada ketika itu dijalankan di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Sungai Jawi Pulau Pinang. 

Percubaan pertama dahulu adalah untuk subjek Grafik/Media Digital tetapi pada kali ini untuk percubaan kali ke kedua adalah untuk subjek Pendidikan Seni / Visual. Walaupun percubaan pertama gagal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba kali kedua dan sehingga kini menanti keputusannya. 

Seperti biasa, selepas iklan penjawatan keluar, dengan segera saya membuat permohonan online supaya tidak ketinggalan seperti tahun-tahun sebelum ini. Alhamdulillah selepas beberapa hari permohonan online dibuat, saya menerima sms pada 02 Ogos 2017 pemberitahuan untuk mengambil ujian Penilaian Secara Online pada keesokkan harinya 03 Ogos 2017. 



Pada permohonan kali pertama dulu, tidak ada Ujian Penilaian Secara Online tetapi pada kali ini ada penilaian secara atas talian yang memfokuskan tentang MARA dan dunia pendidikan serta isu semasa Negara yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. 




Lebih kurang seminggu kemudian, Alhamdulillah saya menerima satu sms menyatakan saya berjaya ke MARA Assessment Center di Kolej Kemahiran Tinggi MARA KKTM Lenggong Perak dan surat tawaran temuduga serta borang-borang berkaitan boleh di muat turun di link yang diberikan. 





Saya akan kongsikan pengalaman saya secara ringkas kerana terdapat banyak artikel perkongsian pengalaman dari mereka yang pernah menghadiri temuduga berpusat MARA ini yang boleh anda baca sendiri. Secara asasnya ia sama sahaja dengan pengalaman saya. Artikel ini lebih berkongsi tentang tips-tips yang boleh anda cuba sekiranya terpilih menghadiri MARA Assessment Center ini. 





Ingin mengetahui lanjutan pengalaman saya semasa menghadapi temuduga ini ?

Untuk mengetahui apakah tips-tips yang ingin saya kongsikan mengikut pengalaman peribadi saya semasa menghadiri MARA Assessment Center ini


Powered by Blogger.