Permohonan UPU Lepasan SPM Telah Dibuka


Debaran pastinya semakin memuncak kepada semua lepasan SPM kerana tidak lama lagi keputusan SPM mereka akan diumumkan. Debaran semakin terasa apabila bulan Februari hampir melabuhkan tirainya. Permohonan kemasukan ke IPTA dan setaraf juga telah dibuka mulai 05 Februari 2018 sehingga 10 April 2018. Adik-adik boleh layari UPU Online untuk membuat permohonan.

Seperti sebelum ini, saya telah berkongsi mengenai tips-tips yang boleh adik-adik cuba dalam memilih bidang pengajian, kolej pilihan, dan juga tips menghadiri karnival pendidikan. Sekiranya masih belum membacanya, sila lah mengambil ruang dan peluang untuk membacanya segera.

Walaupun blog ini lebih kepada bidang rekaan grafik, namun adik-adik juga boleh mendapatkan info yang berkaitan dengan bidang pilihan adik-adik. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai bagaimana anda memilih bidang pengajian?



Ada antara lepasan SPM sehingga ke hari ini masih lagi tidak tahu untuk memilih bidang apa. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai cukup informasi yang mampu membantu mereka membuat pemilihan. Diharapkan selepas membaca perkongsian saya pada hari ini, mereka ditunjukkan jalan dalam membuat keputusan yang amat penting dalam hidup mereka.

Kita Memilih Bidang Berdasarkan Perkara Berikut:

#01 Minat

Ini merupakan pilihan pertama dalam membuat keputusan. Minat ini saya klasifikasikan kepada dua. Iaitu diri sendiri yang minat, dan yang kedua ibu-bapa yang minat. Adalah lebih afdal anda memilih sesuatu bidang itu disebabkan oleh minat anda sendiri.

#02 Pengalaman

Pengalaman dari diri sendiri atau pengalaman dari orang lain. Ada yang memilih bidang mengikut pengalaman abang atau kakak mereka yang pernah mengikut bidang tersebut. Ada juga terpengaruh dengan pengalaman ayah atau ibu mereka yang bekerja dalam bidang-bidang tersebut. 

#03 Ikut Rakan Sebaya

Walaupun agak cliche, namun kebanyakkan dari lepasan SPM menjadikan rakan sebaya sebagai salah satu sebab mereka memilih sesuatu bidang. Mereka ingin memilih bidang yang sama dengan rakan baik atau sahabat mereka agar mempunyai teman seperjuangan di alam Universiti.

#04 Kelayakkan

Bagi mereka yang mendapat keputusan ala kadar, biasanya mereka akan memilih bidang mengikut kelayakkan. Bidang apa yang mereka layak masuk dengan keputusan yang mereka perolehi. Ada yang tak kisah bidang apa pun, janji dapat sambung belajar seperti rakan-rakan yang lain.

#05 Bakat

Sebab yang ke lima ini agak jarang dijadikan sebab utama dalam memilih bidang pengajian. Contohnya anda mempunyai bakat melukis, tetapi anda tidak memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni lukis atau anda mempunyai suara yang lunak dan merdu tetapi memilih bidang kejuruteraan berbanding memilih bidang muzik sebagai pilihan utama.

#06 Arahan

Nampak macam tak masuk akal sebab yang ke enam ini, tapi ia benar-benar terjadi. Mengikut pengalaman saya selama lapan tahun menjadi pensyarah. Sebab no.6 ini memang wujud dikalangan pelajar kita. Mereka 'terpaksa' mengikut arahan dari ayah atau ibu atau penjaga mereka dalam memilih bidang pengajian. Kadang-kadang kesian melihat pelajar yang memilih bidang pengajian disebabkan oleh arahan dari seseorang.

#07 Kemampuan

Kemampuan ini saya bahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama, kemampuan dari segi kewangan, dan kategori kedua kemampuan dari segi fizikal dan mental. Walaupun negara kita menyediakan pinjaman dan biasiswa tetapi pada hakikatnya ia masih tidak mencukupi dan penjaga masih perlu mengeluarkan pembelanjaan tambahan. Ada juga bidang yang menelan kos yang agak tinggi menyebabkan tidak semua pelajar mampu mengambil bidang tersebut.

Bidang yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental juga menjadi faktor pemilihan. Bidang seperti ketenteraan (Universiti Pertahanan Nasional) pastinya mempunyai saringan fizikal sebelum menerima pelajar mereka.

Jadi, yang manakah menjadi penyebab anda memilih bidang pengajian anda?

Walau apa pun ia, usah jadikannya alasan untuk tidak memilih menyambung pengajian anda. Ilmu perlu dituntut dan ia perlu ber'guru'. Walaupun pendapat terjun dalam bidang pekerjaan adalah satu jalan yang selamat dalam menyara kehidupan namun ia bukanlah titik noktah untuk anda tidak menyambung pengajian dalam bidang yang anda minati. 
Powered by Blogger.