Kejohanan Sukan Antara Kolej Bersekutu UiTM


Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya dalam permohonan UPU yang telah diumukan semalam. Kepada mereka yg gagal, jangan berputus asa kerana masih banyak lagi peluang yang ditawarkan di luar sana termasuklah program kerjasama IPT.

Alhamdulillah, pada 12 hingga 16 Mei yang lalu Kontigen Kolej Teknologi Timur telah pun mengambil bahagian di dalam kejohanan sukan antara Kolej-Kolej bersekutu UiTM yang pada kali ini di adakan di UiTM cawangan Arau Perlis.

Kejohanan dwi tahunan ini merupakan salah satu acara yang menghimpunkan kesemua Kolej-Kolej Bersekutu UiTM dalam satu platform kesukanan yang tujuan utamanya untuk menjalinkan ikatan silaturrahim antara warga KKB UiTM.

Walaupun kami datang dari pelbagai IPT di seluruh negara tetapi atas nama UiTM kami berkumpul untuk saling kenal mengenali melalui aktiviti sukan.

Kontigen KTT pada edisi SUKOB yang ke-5 ini berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa yang menjadikan KTT di tempat ke 4 secara keseluruhan.

Ayuh adik-adik yang mempunyai bakat dalam kesukanan untuk menyertai kami menjadi sebahagian dari warga kolej2 bersekutu UiTM dengan memilih program diploma kerjasama IPT.
Powered by Blogger.