Minat & Bakat Adik Dalam Bidang Apa?






Biasa kita dengar tentang kisah pelajar IPT yang tidak menamatkan pengajian atau gagal berhenti di pertengahan jalan. Banyak faktor yang menjadi punca penyebab perkara ini.

Tetapi......

Punca utama sebenarnya ialah TIDAK BERMINAT DENGAN PROGRAM YANG DIAMBIL. Mula-mula memohon dulu, kata minat dan memang menjadi cita-cita. Ada juga yang kata berminat sebab nak ikut jejak kakak atau abang yang dah berjaya ambil program ini dan banyak lagi alasan yang diberi sehinggakan kadang kala tidak mahu pun mendengar pendapat kedua dari keluarga atau rakan taulan.

Namun......

Setelah masuk dan mempelajari bidang yang katakan minat tadi, secara tiba-tiba ingin berhenti, secara tiba-tiba kata tidak berminat, secara tiba-tiba kata bukan bidang saya, secara tiba-tiba asyik tak datang kuliah, secara tiba-tiba kata bidang ini dan itu susah.. wah, banyak betul secara tiba-tiba....

Yang paling mengecewakan ada juga pelajar yang dah masuk semester terakhir ingin mengalah dan berhenti atas alasan... Hilang Minat dengan program tersebut. Seperti yang pernah saya kongsikan berkenaan Bakat dan Minat. Sebelum anda memilih sesuatu bidang atau program, anda perlu membuat sedikit kajian dan pemerhatian serta tanya pada mereka yang telah berpengalaman dalam bidang tersebut.

Sebab... sekiranya perkara berhenti di tengah jalan atau hilang minat terjadi, anda akan rugi banyak perkara. Sedar tak sedar anda telah rugi :
  • Wang
  • Masa
  • Tenaga
  • Usia
Bagi adik-adik yang mula rasa give up dan rasa nak berhenti, muhasabah diri dan renungkan tips-tips yang saya pernah kongsikan.
Powered by Blogger.