Peluang Cerah Industri Kreatif



Ramai dikalangan adik-adik lepasan SPM yang masih tidak mengetahui peluang-peluang yang ada apabila mempunyai ilmu rekaan ini. Mungkin pada waktu persekolahan dahulu bidang rekaan ini tidak diberi perhatian oleh para guru amnya dan sekolah Khasnya.

Peluang yang terhidang dalam industri kreatif ini terlalu luas dan secara tidak langsung mempunyai potensi yang besar untuk menjadi satu kerjaya yang menguntungkan. Apa itu industri kreatif? Dalam artikel yang lepas, saya telah pun kongsikan berkenaan dengan 8 perkara yang anda boleh lakukan dengan ilmu rekaan.www.derekacreative.com

Perkataan 'Industri Kreatif' yang pertama kali diperkenalkan di UK pada 1994 merujuk kepada segmen ekonomi yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam mewujud, mengilang, mengeluar, menyiar dan mengedar bahan yang dilindungi hakcipta.

Selama ini ketiadaan data menghalang usaha membangunkan dasar ke arah pertumbuhan industri kreatif dan tidak banyak yang diketahui akan kaitan dan sumbangannya kepada ekonomi. Industri kreatif walaupun sebuah bidang yang baru muncul namun mewakili satu bahagian penting 'ekonomi baru'. 

Pada 1998, Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan di UK mengambil usaha buat pertama kali untuk mentakrifkan apa dia industri kreatif, saiz dan impaknya ke atas ekonomi. 

Keputusan daripada `Kajian Penentuan Industri Kreatif' menunjukkan mengapa kerajaan perlu menyokong industri ini.



SUMBANGAN INDUSTRI KREATIF KEPADA EKONOMI MALAYSIA 

Tinjauan ini mendedahkan bahawa industri kreatif menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 11.1 peratus, melampaui kadar pertumbuhan negara sebanyak 6.6 peratus. Peluang pekerjaan dalam industri kreatif mendaftarkan pertumbuhan sebanyak 10.7 peratus, lebih tiga kali pertumbuhan penggajian kebangsaan iaitu 3.3 peratus. 

Selain itu, industri kreatif menyumbangkan sebanyak 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewakili 1.0 peratus daripada eksport negara dan 7.5 peratus peluang pekerjaan di seluruh negara. 

Angka-angka ini menunjukkan bahawa industri kreatif membantu memacu ekonomi negara, lebih dinamik daripada banyak sektor lain di Malaysia dan berjaya mengurangkan impak kegawatan ekonomi global 2005," kata Dr Vijatakumari Kanapathy, perunding bebas yang menjalankan tinjauan ini. Penemuan ini menunjukkan mengapa perlu mengiktiraf dan melindungi hak IP sebagai keperluan asas bagi pertumbuhan industri kreatif di Malaysia. 

Laluan ke dasar industri kreatif yang berjaya merupakan laluan kompleks yang memerlukan matlamat, sokongan serta perakuan undang-undang, perjanjian dan konvensyen serantau dan kebangsaan. Undang-undang intelektual yang utuh adalah penting dalam memastikan keupayaan berterusan industri kreatif untuk menyampaikan hasil-hasil kreatif kepada pasaran.

Pandangan segelintir ibu bapa dan guru yang meletakkan kerjaya sebagai seorang pereka ini sebagai kerjaya kelas kedua merumitkan lagi keadaan dan seterusnya mampu "membunuh" pelapis yang inovatif dalam industri kreatif ini.

Ada juga yang mendakwa bahawa, bidang rekaan ini hanya untuk pelajar-pelajar yang "lemah" dan yang ketinggalan dalam pelajaran sahaja. Yang memperolehi keputusan SPM cukup makan atau GAGAL.  Pandangan ini perlu diubah sama sekali kerana tanpa wujudnya kerjaya pereka ini, bagi pandangan saya, "pudar" lah dunia. 
Powered by Blogger.