Pelajari Perkara Yang Tidak Di Ajar
Pengambilan pelajar baru ambilan November 2016 telah pun berlalu pada 28 November 2016 yang lalu. Ucapan selamat berjaya menjalani kehidupan sebagai Mahasiswa dan Mahasiswi pengajian tinggi kepada semua yang berjaya melanjutkan pengajian diperingkat Sijil mahupun Diploma atau Ijazah.
Kegembiraan dan keghairahan yang anda rasai pada hari ini sepatutnya dikekalkan sehingga tamat pengajian bagi memastikan anda mencapai matlamat yang telah anda tetapkan. Dengan ada rasa seronoknya menuntut ilmu itu, In Sha Allah, anda pasti mampu menghadapi liku-liku dan cabaran sepanjang proses pembelajaran nanti.
Tidak kira lah anda mengambil jurusan apa sekali pun, proses pembelajaran memerlukan anda memberi sepenuhnya fokus dalam mempelajari segala ilmu yang diajar. Ilmu yang diajar secara langsung oleh pensyarah anda akan diuji dan dinilai untuk pemberian gred, Namun, ada juga ilmu yang diajar secara tidak langsung dan tidak mempunyai penilaian secara formal.
Ilmu ini hanya akan anda perolehi sekiranya anda membuka minda, hati dan akal untuk menerimanya. Sekiranya EGO menguasai diri, pasti sia-sia lah anda mencari ilmu yang tidak diajar ini.
Pernahkah anda mendengar kata-kata ini "A lot of what you need to survive will not be learned in a design school." YA, kemahiran untuk kelangsungan hidup dan kerjaya anda tidak diajar di menara gading.
Nasihat saya, sertailah kelab dan persatuan, aktifkan diri anda dengan pergaulan yang sihat, bersukan, dampingilah para ilmuan termasuk pensyarah-pensyarah anda, hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, memasuki pertandingan-pertandingan, sentiasa menjadi sukarelawan, terlibat aktif dengan acara-acara yang dianjurkan universiti.
Hanya dengan cara sedemikian, anda akan mempelajari ilmu yang tidak diajar secara tidak langsung ini yang pastinya menjadi bekalan penting untuk anda "survive" setelah tamat pengajian nanti. Percayalah.