06 Nasihat Sebelum Pilih Bidang Rekaan Grafik



Bidang rekaan grafik merupakan satu bidang yang tidak memerlukan kelayakkan yang tinggi di peringkat SPM, jika nak dibandingkan dengan bidang-bidang yang lain. Walaubagaimanapun, minat yang mendalam dalam bidang seni visual adalah satu syarat wajib bagi memastikan anda boleh terus 'survive' dalam bidang ini.

Memilih bidang grafik boleh menjadi satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit sekiranya anda tidak melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang wajib anda mahiri sebelum menamatkan pengajian.

Sebelum anda berhasrat memilih bidang ini, pastikan anda sedar dan tahu bahawa:

1. Universiti atau pensyarah tidak akan mengajar anda segala-galanya. Dan apa yang anda pelajari tidak segalanya diperlukan semasa bekerja nanti. Ada juga kemungkinan, anda tidak mampu menjadi seorang pereka grafik pun selepas mengengam diploma mahupun ijazah anda. Ini adalah fakta.


2. Rekaan itu adalah perniagaan. Walaupun anda tidak minat berniaga, anda perlu 'menjual' idea rekaan-rekaan anda, anda perlu memastikan siapa 'pembeli' rekaan-rekaan anda dan pastinya anda perlu tahu kaedah dan teknik 'memasarkan' rekaan-rekaan tersebut. Sekiranya aktiviti-aktiviti di atas tidak berlaku, dari manakah datangnya 'pendapatan' anda nanti?.



3. Rekaan anda tidak memberi pulangan dengan sendirinya. Dalam alam pengajian, pastikan anda mahir melakukan artwork presentation, kemahiran berkomunikasi, kemahiran toleransi, kemahiran kawalan diri, dan segala kemahiran bagi memastikan rekaan anda diperlukan oleh masyarakat.



4. Persaingan dari bidang lain. Alam kerjaya bukan hanya mencabar dari segi penyelarasan gaji sahaja, bahkan dari rebutan jawatan termasuk jawatan pereka grafik. Menambahkan lagi cabaran ini, bidang selain dari bidang seni juga mahu kan jawatan anda itu dan mereka juga mampu menghasilkan apa yang anda mampu hasilkan.



5. Bayaran sebuah rekaan tidak seperti yang anda sangkakan. Bila berbicara mengenai rekaan grafik, masyarakat Malaysia masih terlalu jauh untuk memahami prosesnya, menghargai seninya. Tanya diri anda sendiri, berapa harga yang anda sanggup bayar untuk sebuah rekaan sekecil business card?



6. Rekaan sentiasa bersifat peribadi atau personal. Anda menghasilkan rekaan yang pastinya bukan untuk anda, bukan ikut selera anda, bukan ikut tahap kreativiti anda. Semuanya mengikut citarasa client anda, bos anda, senior anda. Suka atau tidak, anda perlu menuruti segala arahan dan keinginan mereka walaupun ia sesuatu yang anda benci. Itulah hakikatnya.

Jadi, sanggupkan anda? hanya dengan ILMU sahaja anda mampu mengatasi kesemua cabaran di atas. Sebab itu, minat yang mendalam sangat-sangat diperlukan bagi membuka seribu pintu ilmu untuk memenuhi diri anda. 


Anda wajib menjadi pemburu ilmu untuk maju dalam bidang rekaan grafik. Bukan hanya menunggu suapan dari pensyarah mahupun dari sesiapa.

Sekian.



Powered by Blogger.