04 Petua Dalam Memilih Program Pengajian Diperingkat IPT

Dalam membantu para lepasan SPM sekalian dalam menentukan pemilihan program pengajian masing-masing, berikut merupakan antara petua yang boleh dipraktikkan.


#01 Pilih Program Mengikut Minat

Pemilihan program mengikut minat anda adalah penting supaya segala cabaran yang bakal dihadapi dapat diharungi dengan tekad yang tinggi tanpa mengenal erti berputus asa. Melakukan perkara yang anda minat lebih memberi keselesaan dan semangat walaupun ia dianggap sukar dan mencabar.


#02 Pilih Program Mengikut Peluang Pekerjaan.

Lakukan sedikit kajian dan tinjauan serta pembacaan mengenai program yang dipilih, adakah ia mempunyai peluang pekerjaan di Negara ini?. Sekiranya ada, berapa besar pula persaingan yang bakal dihadapi kelak?. Di mana paling banyak peluang pekerjaan itu ditawarkan? Ini penting supaya persediaan anda untuk berhijrah ke luar kepompong (negeri) anda sendiri.

Penting juga untuk anda mengetahui perincian bidang tersebut dari segi:
  • Tangga Gaji (Upah) 
  • Masa Bekerja 
  • Kenaikan Pangkat 
  • Keselamatan



#03 Pilih Program Yang Boleh Diniagakan.

Maksudnya, sekiranya peluang pekerjaan dalam bidang tersebut mempunyai persaingan yang terlalu tinggi sehingga anda tidak mendapat pekerjaan setelah 1 tahun bergraduasi. Adakah anda mampu membuka perniagaan atau bekerja sendiri dengan ilmu yang dipelajari tersebut? 

Contohnya program-program kemahiran seperti program senireka grafik, selain dari bekerja makan gaji, anda juga boleh bekerja sendiri dengan memberi perkhidmatan rekaan grafik dan printing kepada masyarakat.


#04 Pilih Program Yang Berkos Rendah.

Ada program yang berkos tinggi semasa mengikutinya dari segi yuran pengajian dan peralatan-peralatan yang diperlukan. Ada juga program yang berkos tinggi selepas pengajian untuk mendapatkan lesen atau sijil-sijil tambahan.

Sekiranya ia berkos tinggi semasa pengajian, mungkin pinjaman pendidikan seperti PTPTN masih boleh membiayainya. Namun sekiranya selepas pengajian, anda perlu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan dana kewangan tambahan.


Powered by Blogger.