Program Dalam Bidang Senilukis & Senireka.



Assalammualaikum & Salam sejahtera.
Sekiranya adik-adik berminat untuk menceburkan diri dalam bidang senilukis dan senireka ini, langkah pertama ialah, mengetahui 09 program yang ada dalam bidang ini. 

Sebelum kita pergi lebih terperinci, perlu diperkenalkan universiti awal yang menawarkan program senilukis dan senireka di Malaysia. 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan universiti awal yang memperkenalkan pengajian dalam bidang senilukis dan senireka iaitu bermula sejak 1967 lagi. Terdapat 09 program dalam bidang senilukis & senireka antaranya :

  • Senireka Grafik & Media Digital. 
  • Senireka Tekstil. 
  • Senireka Fesyen. 
  • Senireka Logam Halus. 
  • Senireka Industri. 
  • Senireka Seramik. 
  • Fotografi & Imej Digital. 
  • Teknologi Percetakkan. 
  • Seni Halus. 
Selain dari 9 program ini, terdapat juga program-program dari cabang senireka grafik yang ditawarkan oleh universiti tempatan seperti:
  • Rekabentuk Game. 
  • Rekabentuk Laman web.
  • Animasi. 
Kesemua program dalam bidang senilukis dan senireka mempunyai kelebihan masing-masing dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Program-program ini menekankan aspek kemahiran tangan (Kraf), kemahiran kreatif & inovatif, kemahiran perisian rekaan, penyelidikkan dan pengurusan seni.

Jom kita kenali secara ringkas setiap program tersebut dan beberapa contoh tugasan yang akan diberikan dalam industri nanti. Setiap contoh yang diberi adalah contoh paling mudah. Sebenarnya ia mempunyai cabang yang lebih luas lagi.
  
#01: Senireka Grafik & Media Digital.


Program ini mempunyai banyak pengkhususan. Namun, pada peringkat sijil dan diploma (kecuali yang telah dikhususkan), semua pelajar akan didedahkan kepada semua pengkhususan dan asas rekaan grafik. 

Asas pembelajaran lebih kepada pengetahuan dan pemahaman teknikal serta kemahiran praktikal dalam penghasilan komunikasi visual melalui rekaan imej (fotografi, ilustrasi, vector, rester etc), Typografi (Gaya, saiz dan penyusunan huruf), Penggunaan Elemen-elemen dan prinsip-prinsip rekaan. 

Contoh tugasan:

Menghasilkan jenama dan identiti sebuah syarikat atau produk dari penghasilkan logo syarikat, letterhead, business card, Uniform, laman web dan juga pengiklanan dan pemasaran seperti risalah, brochure, pengiklanan di TV, billboard, majalah, surat khabar dan sebagainya.

#02: Senireka Tekstil


Dari perkataan tekstil kita telah tahu ia berkaitan secara langsung dengan kain atau fabrik, program ini memberi penekanan tentang penghasilan rekaan kain atau fabric yang terbahagi kepada 3 disiplin utama iaitu weaving, printed textile dan juga batik/resist.
 
Setiap rekaan yang dihasilkan menggunakan kaedah manual ataupun digital dengan melibatkan peralatan tradisonal dan juga peralatan berteknologi tinggi seperti mesin sulaman berkomputer, mesin cetakkan berkomputer dan perisian rekaan.
 
Contoh tugasan:

Setiap kain mempunyai corak atau rekaan tersendiri. Baju kurung sebagai contoh, ketika musim perayaan aidilfitri pelbagai jenis rekaan dikeluarkan demi memberi pelbagai pilihan kepada pengguna. Siapa yang mereka corak tersebut? Tidak lain ialah seorang pereka tekstil.


#03: Senireka Fesyen.




Jika tekstil menekankan kepada rekaan kain atau fabrik, fesyen pula menekankan tentang kemahiran penghasilan rekaan gaya pakaian, penghasilan pattern dan sulaman dengan melalui proses-proses perkembangan idea, lakaran,penghasilan (jahitan) sehingga ke penggayaan dan pameran.
 
Contoh tugasan: 

Masih dalam contoh aidilfitri tadi, selepas membeli kain, anda akan menghantar kepada tukang jahit, Tukang jahit pastinya mempunyai asas dalam rekaan fesyen. Tugas mereka ialah menghasilkan gaya rekaan baju kurung yang pelbagai. 

Ada yang gaya kenegerian (kurung Pahang, kurung Selangor, kurung kedah dsb), ada juga gaya yang dimodenkan (kurung moden, kurung kelawar, kurung jarang dsb).


#04: Senireka Logam Halus.




Segala berkaitan dengan logam (emas, besi, timah, tembaga, gangsa etc) dan ciptaan barangan logam (barangan perhiasan, barangan utility etc.) Selain dari mempelajari peralatan dan mesin-mesin di studio, perisian rekaan berkomputer juga diajar kepada para pelajar.
 
Contoh tugasan:

Barangan kemas seperti cicin, gelang, rantai dan anting-anting mempunyai rekaan yang pelbagai. Ada yang melilit, ada yang menjalar, ada yang berbelian dan sebagainya. Tidak lupa juga kerongsang yang biasa dipakai di tudung-tudung, semua itu direka dan dihasilkan oleh seorang pereka logam halus.



#05: Senireka Industri.




Memfokuskan rekaan-rekaan barangan seharian seperti perabot, automotif dan sebagainya yang menekankan ciri-ciri keselamatan, harmoni, ergonomic,kemudahan pengguna dan tenologi dalam masa yang sama tidak membelakangkan keindahan dan keunikkan sesuatu rekaan.
 
Contoh tugasan:

Lihat sahaja pada barangan syarikat Ikea. Bagaimana setiap perabotnya mempunyai rekaan yang unik dan menekankan keselesaan dan penjimatan ruang sehinggakan memukau rakyat Malaysia untuk memilikinya. Siapa yang reka perabot itu semua? Pasti datangnya dari pereka industri.


#06: Senireka Seramik.


Rekaan produk yang mengunakan tanah liat sebagai medium utama dan juga media bukan logam. Terbahagi kepada produk industri, produk arca dan juga penggayaan studio.

Penekanan diberikan kepada kemahiran menggunakan peralatan, mesin dan juga perisian rekaan berkomputer selain dari kemahiran menjana idea kreatif dan inovatif.

Contoh tugasan:

Produk seramik industri, salah satu contoh kita lihat pada jubin seramik lantai di rumah atau di dinding rumah kita. Ia terdapat banyak rekaan corak, warna, tekstur dan bentuk. Singki seramik yang mempunyai pelbagai jenis rekaan bagi menambahkan keunikkan hiasan rumah direka oleh pereka berlatar belakangkan seramik.


#07: Senireka Fotografi & Imej Digital. 


Fotografi sebagai medium penyampaian idea kreatif dan maklumat serta penyelesaian sesuatu isu atau masalah menjadi penekanan utama program ini. 

Kemahiran menggunakan kamera dan peralatan serta teknik-teknik seperti pencahayaan, imbangan, editing dan sebagainya didedahkan kepada para pelajar.

Teknologi yang semakin maju dalam dunia fotografi menjanjikan cabaran serta tarikan yang unik dalam program ini.

Contoh tugasan:
 
Surat khabar dan majalah mempunyai gambar foto bukan. Siapa yang ditugaskan mengambil foto tersebut dilokasi kejadian atau pun majlis. Juru foto yang pastinya mempunyai ilmu rekaan fotografi.


#08: Senireka Teknologi Percetakkan.


Percetakkan berasaskan kertas, pembungkusan, penerbitan (majalah, surat khabar,etc) yang menggunakan pelbagai teknik cetakkan dan mesin menjadi fokus utama dalam program ini.

Selain dari kemahiran pengendalian proses cetakkan, asas rekaan berkomputer juga menjadi penekanan. Selain dari kemahiran amali, kemahiran pengurusan, pemasaran, pengedaran dan pembangunan teknologi dalam industri percetakkan turut didedahkan kepada para pelajar.

Contoh tugasan:

Industri percetakkan tidak perlu dijelaskan lagi di Malaysia. Semua barang bercetak seperti surat khabar, majalah, risalah sehingga wang kertas memerlukan seorang yang mahir dalam pengendalian mesin dan proses cetakkan. Siapa lagi yang layak mengendalikannya?



#09: Seni Halus



Studio base program yang direka untuk mereka yang ingin mendalami keindahan seni lukis dari awal kewujudan sehingga perkembangannya sekarang. 

Kemahiran melukis, catan (painting), printmaking, sculpture dan semua teknik dalam menghasilkan hasil seni menjadi penekanan utama program ini.

Pendedahan juga kepada teknik-teknik cetusan idea, luahan perasaan, peniruan alam, explorasi kreativiti dan sebagainya. Program ini juga mendedahkan pelajar kepada pengurusan dan pengendalian sesuatu pameran seni.
 
Contoh tugasan: 

Selain dari menghasilkan karya sendiri untuk dipamer dan dijual seperti lukisan dan arca. Pelukis juga boleh menghasilkan illustrasi untuk terbitan dalam majalah seperti lukisan potret dan caricature atau menghasilkan mural yang semakin menjadi pilihan restoren atau café. 

Kemahiran menilai dan menterjemahkan karya seni juga membolehkan penggiat seni halus diupah menjadi pengkritik seni atau curator di Balai seni lukis atau arkib atau sebagai guru seni.
Powered by Blogger.