04 Soalan Utama Setiap Akhir Tahun Supaya Lebih Fokus



Assalammualaikum semua, kurang seminggu sahaja lagi untuk kita sama-sama melangkah ke tahun baru 2017. Pada hari ini, saya ingin berkongsi tips dari seorang mentor yang beliau lakukan pada setiap akhir tahun supaya lebih fokus.

Di sini saya ingin berkongsi sebahagian daripada apa yang beliau lakukan setiap akhir tahun / awal tahun untuk mengorak langkah seterusnya.  Ini saya lakukan untuk diri dan organisasi. Anda boleh gunakan untuk diri dan keluarga juga.

Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:
1. Kerjaya atau tugas di tempat kerja.
2. Kesihatan diri.
3. Kewangan diri dan keluarga.
4. Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan.
5. Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari /amalkan /istiqomahkan, mengaji Quran dll).
6. Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dll).

Di bawah ini adalah soalan - soalan asas saya tanya diri sebelum saya buat perancangan diri/organisasi.

Semua soalan di bawah, saya jawab dari kaca mata saya.
1. Apakah 10 kejayaan saya untuk tahun 2016?
2. Apakah 10 kegagalan saya untuk 2016?
3. Apakah 3 pengajaran yang saya boleh belajar dari 2016 daripada tindakan saya?
4. Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2016?
Kemudian saya review jawapan saya dan saya cari apa yang saya boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai 'kata-kata ingatan' untuk 2017. Lepas tu saya jawab 4 soalan lagi.
1. Apa yang saya boleh 'start' buat untuk 2017?
2. Apa yang saya boleh 'stop' buat untuk 2017?
3. Apa yang saya boleh 'do more' untuk 2017?
4. Apa yang saya boleh 'do less' untuk 2017?

Semoga anda capai apa yang anda hajatkan dan usahakan.
Powered by Blogger.