Perjalanan Diteruskan


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Musim lepasan SPM mencari hala tuju kembali lagi. Keputusan SPM yang bakal diumumkan menjadi titik tolak kepada adik-adik untuk menyambung pengajian diperingkat Sijil Kemahiran, Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda.

Seperti kebiasaannya, proses pengambilan dimulakan dengan permohonan UPU untuk memasuki IPTA di seluruh Negara. Pembelian no.pin perlu dilakukan untuk proses tersebut. Para pelajar mula memilih bidang dan IPT yang diminati untuk disertai.



Dalam masa yang sama pelbagai program seperti Karnival Pendidikan, Selangkah Ke Universiti, Pameran Pendidikan, Hari Terbuka Universiti dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Pihak MARA, Universiti-universiti dan juga syarikat-syarikat swasta. Semua ini bertujuan memberi maklumat dan pendedahan berkaitan program serta jurusan yang ditawarkan untuk menarik minat para pelajar.

Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang sederhana dan rendah, mereka menjadi buruan IPTS untuk ditawarkan pelbagai program pengajian yang biasanya memerlukan syarat kemasukkan minima serendah 3 kredit atau 1 kredit. Belum apa-apa lagi surat tawaran dari IPTS tersebut sudah sampai ke pintu rumah anda untuk memberi maklumat berkenaan dengan pengajian.



Khas untuk pelajar yang gagal SPM atau memiliki 1 kredit sahaja, Kolej berasaskan kemahiran sedia membuka pintu seluas-luasnya untuk menerima kemasukkan baru. Kolej kemahiran seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran serta Giat MARA dan sebagainya juga menyertai karnival-karnival dan Pameran pendidikan untuk memberi maklumat serta pendedahan tentang keperluan mempunyai kemahiran dalam dunia yang semakin mencabar ini.

Akhir sekali adalah pelajar yang memang tidak minat untuk menyambung pengajian akan mula mencari pekerjaan di merata tempat berbekalkan sijil SPM mereka. 
Andai untung sabut, dapatlah mereka kerja dalam bidang yang diminati, andai untung batu, menganggur dirumah membuang masa yang amat berharga sehingga mati kutu tak tahu nak buat apa.

Bagaimana dengan anda? pilihan sentiasa ditangan anda untuk membuat keputusan serta penilaian. Betul, rezeki ditentukan oleh yang maha esa. Tetapi tanpa usaha yang berterusan serta iltizam yang kuat, masa depan umpama dipertaruhkan tanpa sebarang pelaburan & pengorbanan yang sepatutnya. Namun mengharapkan hasil yang terbaik. Logik ke?





Serentak dengan keputusan SPM ini, para mahasiswa dan mahasiswi di universiti sedang berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan semester lepas masing-masing. Ada yang kisah, dan jangan terkejut ada yang buat-buat tak kisah. Ada yang keputusan bersinar bak mentari pagi, ada juga yang kelam gelita seperti malam tanpa bulan bintang namun masih beranggapan keputusan peperiksaan bukan segala-galanya.

Walau apa pun, perjalanan mesti diteruskan, bagi adik-adik lepasan SPM, sekiranya ingat mengetahui apa yang ditawarkan oleh program kerjasama IPTA, boleh teruskan pembacaan di SINI. Bagi mereka yang minat program senilukis dan senireka, juga boleh mendapatkan info di SINI.

In Sha Allah, dalam masa terdekat saya akan update tarikh-tarikh pengambilan dan karnival-karnival pendidikan yang telah dirancang untuk memberi maklumat-maklumat yang tepat kepada anda semua.

Sekian.
Powered by Blogger.