Kisah Bulan Terbelah Dua
Saya mahu matahari terbenam sebelum waktunya. Kemudian bulan terbit lalu turun ke bumi. Bulan itu terbelah menjadi dua lalu masuk ke dalam pakaian kamu. Bulan itu akan keluar dari lengan baju kanan dan lengan baju kiri kamu.
Kemudian ia bercantum semula menjadi bulat di atas kepala kamu dan bulan itu mengucapkan syahadah membenarkan kenabian kamu kemudian kembali ke tempatnya di angkasa. Bulan itu terbenam. Kemudian matahari terbit kembali dan keadaan kembali seperti biasa, Jelas Raja Habib.
Nabi Muhammad SAW pun mendaki Bukit Kubais yang terletak tidak jauh dari Kaabah lalu berdoa kepada Allah SWT supaya menunjukkan kekuasaanNya kepada Raja Habib dan orang ramai.
Bukit Kubais |
Malaikat Jibril datang lalu membawa firman Allah yang bermaksud:
Wahai kekasihku, janganlah engkau takut dan janganlah engkau bersedih hati kerana aku bersamaMu di mana pun engkau berada. Aku sudah mengetahui sejak mula apa yang diminta oleh Habib. Pergilah kepada mereka, tunjukkan ayatKu, Bentangkan secara terang dan tegas risalahmu. Ketahuilah, yang aku sudah menempatkan matahari bulan malam dan siang di bawah perintahmu. Dan ketahuilah yang anak perempuan Habib akan aku sembuhkan daripada penyakit lumpuh dan kedua-dua matanya yang buta sudah pulih semula.
Nabi Muhammad SAW masih berdiri di Bukit Kubais sambil mengangkat tangannya berdoa. Tiba-tiba berlakulah peristiwa luar biasa yang belum pernah disaksikan oleh manusia. Matahari dengan perlahan bergerak ke ufuk barat lalu terbenam.
Cahaya siang bertukar menjadi malam dengan tiba-tiba. Tidak lama kemudian, bulan pun terbit lalu ia terbelah menjadi dua. Bulan yang terbelah itu turun lalu masuk ke dalam jubah baginda.
Kemudian bulan yang terbelah itu masuk dari lengan baju kanan dan keluar dari lengan baju kiri baginda lalu bercantum semula di atas kepala Nabi Muhammad SAW sambil mengucap syahadah mengaku tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Kemudian bulan itu kembali ke tempat asalnya lalu bergerak ke ufuk barat dan terbenam. Terbit pula matahari dan keadaan menjadi seperti sediakala. Raja Habib dan orang ramai kagum menyaksikan mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Kemudian Nabi Muhammad SAW turun dari Bukit Kubais lalu menemui Raja Habib yang masih terpegun dengan perkara yang baru sahaja disaksikannya. Orang ramai juga masih terpaku berada ditempat masing-masing.
Wahai Muhammad, kamu sudah melakukan apa yang Beta minta, Beta tidak mahu meminta apa-apa lagi. Cukup sudah dengan mukjizat yang kamu tunjukkan tadi kepada Beta | kata Raja Habib.
Ketahuilah wahai Raja Habib, anak perempuan kamu yang sakit sudah sembuh daripada penyakitnya. Matanya yang buta sudah dapat melihat semula | Kata Nabi Muhammad SAW
Mendengar kata-kata Nabi Muhammad SAW, Raja Habib semakin kagum kerana tiada siapa yang tahu anak gadisnya sedang sakit dan matanya buta kecuali orang istana. Dia berasa amat gembira lalu berkata.
Wahai semua penduduk Kota Mekah, tidak ada kekafiran sesudah beriman. ketahui lah yang saya percaya tidak ada tuhan kecuali Allah dan mengaku Muhammad adalah hamba dan utusannya.
Kemudian Raja Habib dan para pengawalnya pulang ke Negara Syam. Sebaik sampai di istana, Raja Habib berasa terkejut apabila beliau disambut oleh anak gadisnya sambil mengucapkan kalimah syahadah.
Wahai anakku, daripada siapa kamu belajar lafaz syahadah itu? | tanya Raja Habib.
Saya bermimpi didatangi oleh seorang pemuda yang mengatakan ayah sudah memeluk agama islam dan saya akan sembuh daripada penyakit sekiranya mengucapkan kalimah syahadah. Maka saya ucapkan syahadah dalam mimpi. Ketika bangun dari tidur, saya dapati diri saya sudah sembuh dan mata saya sudah dapat melihat kembali | Jawab anak gadisnya.
Raja Habib Bin Malik segera sujud tanda kesyukuran.
Sumber Dari Buku Khalifah-Khalifah Yang Benar Oleh Abdul Latip Talib.