Pengalaman Umrah Bersama EMRAZ Travel & Tours

Umrah Bersama EMRAZ


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya agak lama saya tidak berkongsi apa-apa artikel dalam blog ini kerana berlaku perubahan dalam hidup dari bekerja sendiri kepada makan gaji. Jadi masa agak terhad untuk fokus menulis seperti sebelum-sebelum ini.

Setahun menyepi sejak post yang terakhir pada Januari 2019, ada baiknya juga saya mulakan kembali penulisan dengan berkongsi pengalaman menunaikan Umrah pertama bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd.

Saya diizinkan Allah untuk berkunjung ke Baitullah pada tanggal 29 Mac hingga 04 April 2019. Saya bukan sahaja menjadi salah seorang jemaah EMRAZ tetapi diberi amanah sebagai ketua rombongan yang membawa 15 jemaah lain. 

Pengalaman yang saya ingin kongsikan pada hari ini akan saya ringkaskan supaya pembaca sekalian dapat input-input yang penting sahaja dari pengalaman 12 hari 10 malam di tanah suci yang pastinya amat menyeronokkan dan terlalu banyak yang ingin dikongsi.

EMRAZ Travel & Tours memang terkenal dengan pakej-pakej Safwah iaitu menawarkan penginapan di hotel yang berada di Safwah Tower. Umum tahu bahawa Safwah Tower hanya berjarak 50 meter dari dataran Masjidil Haram. Dan ini menjadikan hotel-hotel di Safwah Tower menjadi pilihan utama jemaah terutamanya jemaah yang telah berumur dan uzur.

Berikut adalah pengalaman saya sepanjang menunaikan umrah bersama EMRAZ Travel & Tours yang sempat saya kongsikan.

Umrah Bersama EMRAZ Travel
Bergambar Kenangan Sebelum Berlepas


#Pengalaman 01 | Penerbangan.

Alhamdulillah, seperti biasa, semua jemaah termasuk saya perlu berada di lapangan terbang 4 jam sebelum masa penerbangan untuk pelbagai urusan seperti check in bagasi dan mendengar taklimat ringkas perjalanan.

Sewaktu di lapangan terbang, anda akan menerima ID card, lanyard, passport dan juga boarding pass sebagai kelengkapan wajib. Selepas mendengar taklimat dan bacaan doa dari petugas, sesi 5 minit diberikan untuk berjumpa ahli keluarga sebelum turun ke balai pelepasan.

Umrah Bersama EMRAZ Travel
Taklimat Pelepasan Dari Wakil Pengurusan EMRAZ Travel

Umrah Bersama EMRAZ Travel
16 Orang Jemaah 29 Mac 2019

Saya menaiki penerbangan Malaysia Airlines yang akan terus ke lapangan terbang Jeddah, tetapi kami tidak terus menunaikan umrah sebab akan ke Madinah sejurus sahaja mendarat nanti. Jadi kami tidak memakai ihram dari Malaysia.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 9 jam. Tiada apa yang boleh anda lakukan selain dari makan, tidur dan menonton movie. Ada masanya saya membelek buku panduan Umrah sebagai ulangkaji apa yang telah dipelajari semasa kursus Umrah dulu.


#Pengalaman 02 | Bas & Pengangkutan.

Oleh kerana kebanyakkan pakej EMRAZ Travel & Tours ini akan ke Madinah terlebih dahulu. Sejurus sahaja mendarat di lapangan terbang Jeddah. Kami terus sahaja menaiki bas yang telah sedia menunggu.

Perjalanan dari lapangan terbang ke Madinah mengambil masa lebih kurang 5 jam. Mutawwif memberikan sedikit taklimat perjalanan semasa di dalam bas supaya para jemaah sedia maklum berkaitan dengan setiap pergerakkan.

Umrah Bersama EMRAZ Travel
Passport & Buku Suntikan Yang Wajib Ada

Perjalanan yang agak jauh ini memerlukan bas berhenti seketika di perhentian. Kami berpeluang untuk merasai kelazatan nasi arab yang pertama, original dari bumi arab. Apa yang lebih best lagi. Syarikat EMRAZ yang membiayai kos makan malam itu. Terima kasih EMRAZ.

#Pengalaman 03 | Hotel Penginapan di Madinah.

Perjalanan yang jauh ini memang agak meletihkan dan alhamdulillah kami sampai di hotel dalam lingkungan jam 3 pagi. Kunci bilik telah diberi semasa dalam bas lagi supaya tidak kelam kabut apabila sampai di hotel.

Sampai sahaja di hotel, semua jemaah boleh terus ke bilik masing-masing sementara menunggu azan subuh. Antara perkara yang best dengan pakej-pakej EMRAZ ini ialah hotel penginapan yang disediakan sememangnya dekat dengan masjid.

Hotel Gloria Fayrouz Al Massi ini hanya berjarak 70 Meter dari pintu 16. Kalau kita keluar dari pintu belakang hotel, toleh ke kanan terus nampak pintu 16 Masjid Nabawi. Secara keseluruhannya, hotel yang bertaraf 4 bintang ini boleh dikatakan selesa dan makanan yang disediakan juga adalah selera Malaysia Indonesia.

Cuma bila waktu makan, keadaan di cafe agak padat dan ada kalanya kena tunggu agak lama untuk menunggu meja yang kosong.


#Pengalaman 04 | Ziarah Dalam Masjid Nabawi.

Benarlah kata mereka yang pernah menjejakkan kaki di bumi Madinah ini. Suasana dan keadaan di sini memang sangat damai, tenang dan nyaman.

Pada sebelah pagi, kami dibawa oleh mutawwif untuk melakukan ziarah dalam perkarangan Masjid Nabawi. Sejarah Kota Madinah dan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W diselitkan sebagai pengisian untuk para jemaah.

Kami juga dibawa ke Makam Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat untuk mengucapkan salam ke atas Nabi dan sahabat. Tidak lupa juga melawat perkuburan Baqi. Perasaan pada ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu.


Umrah Bersama EMRAZ Travel
Sesi Taaruf dan Pengajian Sira' Bumi Madinah

Kami berada di bumi Madinah selama 5 hari. Secara ringkas apa yang saya lakukan sepanjang berada di Madinah adalah seperti berikut:

1. Masuk Raudhah.
Peluang untuk memasuki Raudhah ini sebenarnya tidak selalu dapat. Kena usaha kuat sikit untuk berebut demi mendapat peluang solat dan berdoa di dalam Raudhah. Lagi-lagi bagi jemaah wanita, hanya waktu-waktu tertentu sahaja yang dibenarkan.


syahrulasriomar.blogspot.com
Suasana ketika Beratur Memasuki Raudhah


syahrulasriomar.blogspot.com
Waktu Masuk Raudhah Bagi Jemaah Wanita


2. Ziarah Luar.
Pada hari ketiga kami dibawa ke beberapa tempat yang bersejarah seperti Masjid Quba & Jabal Uhud.

syahrulasriomar.blogspot.com
Gambar Kenangan Di Masjid Quba'

syahrulasri.blogspot.com
Gambar Kenangan Jabal Uhud

syahrulasri.blogspot.com
Mendengar Sejarah Peperangan Uhud

3. Sedekah Al-Quran.
Selain dari menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W atas kiriman sanak saudara dan rakan-rakan. Ada juga yang mengirimkan sedekah Al-Quran atas niat sedekah amal jariah. Tidak semua Al-Quran boleh diletakkan di dalam masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram.

Hanya Al-Quran yang mempunyai cop khas sahaja yang dibenarkan. Jadi atas bimbingan mutawwif yang menunjukkan kedai Al-Quran yang menjual jenis yang boleh diletakkan di dalam 2 masjid ini, alhamdulillah semua kiriman sedekah Al-Quran dapat saya penuhi dengan separuh diletakkan di dalam Masjid Nabawi, dan separuhnya lagi saya bawa untuk disedekahkan di dalam Masjidil Haram.

Al-Quran Saiz Standard Berharga SR 40

Al-Quran Saiz Besar Berharga SR 60


4. Beli Kurma
Kalau datang sini tak beli kurma memang rugi sebab kurma-kurma di sini boleh diketegorikan antara yang terbaik dunia. Lebih-lebih lagi kurma Ajwa atau kurma nabi. Alang-alang dah sampai, saya boronglah semua jenis kurma yang ada untuk dirasa. Kurma Ajwa ini jangan tersalah beli. Kurma Ajwa yang disebut di dalam Hadis Nabi itu ialah Kurma Ajwa yang ditanam di tanah Haram. Sebab ada juga kurma Ajwa yang dibawa dari luar tanah haram untuk dijual di sini.


syahrulasri.blogspot.com
Suasana Dalam Kedai Kurma. Nasib Jurujual Tahu Cakap English

syahrulasri.blogspot.com
Kurma Ajwa

syahrulasri.blogspot.com
Kurma Anbara

syahrulasri.blogspot.com
Kurma Sagai
syahrulasri.blogspot.com
Kurma Mabrom


syahrulasri.blogspot.com
Kurma Safawi


Selain dari kurma yang boleh dibeli di kedai-kedai, ada juga kurma yang boleh dibeli dari Mutawwif sendiri. Kurma yang dibeli melalui mutawwif biasanya kurma Ajwa yang original kerana mereka perolehi dari rakan-rakan atau para pelajar yang telah bermastautin di sana. Harga biasanya antara RM 90 - RM100 untuk satu pakej seperti dibawah ini.


Packaging Kurma Ajwa Yang Mutawwif Jual

Ada juga yang packaging macam ini



#Pengalaman 05 | Tunai Umrah Pertama di Masjidil Haram.

Masa berlalu dirasakan begitu pantas. Selepas selesai mengucapkan selamat tinggal (Ziarah Wida') kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kami menaiki bas ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Rasa sayu bila meninggalkan bumi Madinah, namun apa kan daya, misi seterusnya ialah menunaikan umrah yang merupakan misi utama. Berdebar-debar juga bila bas mula bergerak ke bumi Mekah, kerana kami semua mula berniat ihram di Masjid Bir Ali.

Maka semua pantang larang dalam Ihram telah pun bermula. Perjalanan ke Mekah mengambil masa 5 jam dan kami sampai ke tanah suci tepat jam 1 pagi. Setibanya di hotel kami terus ke bilik masing-masing untuk meletakkan bagasi sebelum semuanya berkumpul semula di lobi hotel untuk menunaikan Umrah yang pertama.


syahrulasri.blogspot.com
Gambar Kenangan Bermiqat di Bir Ali

syahrulasri.blogspot.com
Singgah Makan di Perhentian


Suasana di Mekah sangat berbeza dengan Madinah, di sini suasana dirasakan begitu sibuk dengan ribuan orang ramai berpusu-pusu membanjiri setiap ruang yang ada. Dengan bimbingan mutawwif yang pengalaman luas, alhamdulillah kami semua selesai menunaikan Umrah pertama pada jam 5 pagi.


syahrulasri.blogspot.com
Bergambar Bersama Mutawwif Ustaz Firdaus Zamani

syahrulasri.blogspot.com
Muka Kagum Dengan Suasana

syahrulasri.blogspot.com
Muka Letih Selepas Selesai Umrah Pertama (Benda pelik jgn tegur)

syahrulasri.blogspot.com
Jom Balik Bilik Dulu


Selepas solat subuh, kami yang lelaki terus dibawa ke kedai gunting rambut untuk bertahalul dan pulang ke bilik masing-masing untuk melepaskan lelah sementara menunggu matahari terbit.


#Pengalaman 06 | Hotel Penginapan di Mekah (Safwah Tower).

Memang tidak dapat dinafikan, hotel-hotel yang berada di Safwah Tower ini mempunyai kelas nya yang tersendiri. Selain dari suasana hotel dalam shopping mall, lobi yang luas serta lif yang tersusun banyak, keadaan bilik yang bertaraf 5 bintang menjadi pengubat lelah yang mula dirasai.

Pemandangan Luar Hotel

Pemandangan Lobi Hotel

Namun, ia hanyalah ujian. Janganlah dilupakan niat asal yang ingin beribadah sebanyak-banyaknya di sini. Jarak hotel dengan Masjid juga tidak jauh, turun sahaja dari eskulator hotel terus jumpa dataran masjid. Jadi sangat rugi andai masa yang ada dihabiskan dengan hanya duduk beristeri rehat di hotel.



#Pengalaman 07 | Solat Di Masjidil Haram.

Suasana di Mekah seperti yang saya cakap tadi memang berlainan dengan di Madinah. Di sini agak rushing dan mengejar masa, sebab nak masuk masjid pun ada masa-masanya. Kebanjiran jemaah menyebabkan suasana sesak ketika waktu solat dan selepas habis solat. Dataran tawaf juga penuh pada waktu-waktu puncak.


syahrulasri.blogspot.com
Hajarul Aswad

syahrulasri.blogspot.com
Kalau Boleh Nak Lama Kat Sini

Ada yang berpeluang bersolat di Hijir Ismail, ada yang berpeluang mencium Hajarul Aswad dan ada juga yang berpeluang bersolat 5 waktu penuh di dataran tawaf. Andai lambat, anda memang akan bersolat di roof top atau di bahagian bawah masjid. Tempat mengambil wuduk memang jauh.

Tidak seperti di Madinah, ruang untuk solat sentiasa ada. Tetapi di Mekah, ruang solat yang selesa, lagi-lagi di hot spot  (tempat makbul bila berdoa) memang sukar untuk diperolehi sekiranya anda lewat. Sebab itu ada yang menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran, tawaf sunat, solat sunat dan pelbagai jenis ibadah sementara menunggu waktu solat yang seterusnya.


#Pengalaman 10 | Ziarah Manasik Dan Hudaibiah.

Seperti di Madinah, pakej EMRAZ juga menyediakan siri lawatan ke beberapa tempat di luar kota Mekah antaranya seperti:

1. Jabal Rahmah.
Tempat ini memang menjadi tumpuan utama. Panas terik sehingga mata pun agak sukar untuk dibuka penuh. Masa ini lah cermin mata hitam sangat-sangat diperlukan. Siapa yang bawa payung memang lagi terbaik.

2. Masjid-masjid Bersejarah.
Kebanyakkan tempat yang pernah dikunjungi Rasulullah semasa Hijrah atau perhentian perang akan menjadi masjid. Jadi setiap masjid yang ada di sini mempunyai kisah sejarah masing-masing.

syahrulasri.blogspot.com
Ziarah Naik Van

syahrulasri.blogspot.com
Gambar Kenangan Di sebuah Tempat Bersejarah

syahrulasri.blogspot.com
Gambar Kenangan Di sebuah Tempat Bersejarah

syahrulasri.blogspot.com
Gambar Kenangan Di sebuah Tempat Bersejarah


3. Gua Hira'.
Mengikut pakej, sebenarnya jemaah hanya akan lalu sahaja. Tetapi alhamdulillah, semua jemaah sepakat nak mendaki untuk melihat sendiri keadaan di dalam Gua Hira'. Dengan sedikit bayaran tambang Van, kami berpeluang sampai ke Gua Hira' pada waktu malam. Pemandangan dari atas bukit memang terbaik.

syahrulasri.blogspot.com
Baru Nak Mula Mendaki

syahrulasri.blogspot.com
Rehat Dulu Nikmati Pemandangan

syahrulasri.blogspot.com
Pemandangan Waktu Siang dari Atas Bukit

syahrulasri.blogspot.com
Bila Nak Turun Waktu Dah Gelap

syahrulasri.blogspot.com
Lepas Lelah Sementara Tunggu Van Ambil

Suasana di pintu masuk Gua Hira'

syahrulasri.blogspot.com
Jauh Nun di Sana Masjidil Haram

syahrulasri.blogspot.com
Pemandangan Waktu Malam Dari Atas Bukit

4. Muzium Haramain.
Muzium yang menempatkan pelbagai bahan-bahan sejarah dari awal penubuhan Kota Mekah sehingga kini. Siapa yang minat sejarah pastinya terpaku dengan bahan-bahan yang ada di sini. Bagi yang kurang minat, bergambar adalah aktiviti mereka sepanjang berada di sini.

syahrulasri.blogspot.com
Siap BerIhram Sebab Nak Bermiqat Kejap Lagi


#Pengalaman 11 | Ziarah Tambahan.

Kenapa saya katakan ziarah tambahan? ini kerana ia tidak termasuk di dalam pakej. Tetapi agak rugi sekiranya tidak sertai. Dengan sedikit bayaran untuk tambang Coaster. Kami berpeluang untuk menziarahi beberapa tempat, antaranya:

1. Taif.
Bak kata Mutawwif, kalau kat Malaysia, Taif ini umpama Cameron Highland. Ha, betul lah tu. Selain Taif ini terletak di kawasan tanah tinggi dengan iklim yang sejuk, terdapat juga gerai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan. Selain dari menikmati suasana sejuk di sini, kami juga didedahkan dengan sejarah Taif yang diceritakan oleh Mutawwif.

syahrulasri.blogspot.com
Gambar kenangan di Pintu Gerbang Taif

syahrulasri.blogspot.com
Gambar Kenangan di Pintu Gerbang Gerai Buah Buahan

syahrulasri.blogspot.com
Selesai Ziarah Masjid


2. Kilang Perfume.
Kilang yang penuh dengan wangi-wangian dari bunga mawar. Selain dari mengetahui cara penghasilan perfume tersebut, kita juga berpeluang menikmati teh yang dicampur dengan pati bunga mawar.



syahrulasri.blogspot.com
Menonton video Penghasilan Minyak Wangi


3. Kedai Makan Nasi Arab.
Makan tengahari kami semasa lawatan ini pastinya nasi arab kambing. Sehingga ke hari ini, saya memang belum jumpa nasi arab se-asli ini di Malaysia. Walaupun saya tak makan daging kambing, tapi kat sini, tetiba jadi peminat kambing. Aduhai, pelik.

syahrulasri.blogspot.com
Makan Nasi Arab Special

syahrulasri.blogspot.com
Bila Nak Makan ni?


#Pengalaman 12 | Mengerjakan Umrah.

Secara keseluruhannya, alhamdulillah saya sempat menunaikan Umrah sebanyak 4 kali. Sekali Umrah wajib bersama mutawwif semasa tiba dari Madinah dan 3 kali lagi selepas pulang dari program ziarah luar dan ziarah tambahan.

Setiap kali kami keluar ziarah, kain ihram sentiasa dibawa untuk bermiqat di tempat-tempat yang telah ditetapkan sebelum masuk ke tanah haram antaranya seperti di Jaaranah, Mina dan Hudaibiyah.

Selain melakukan umrah untuk diri sendiri, saya juga berpeluang melakukan badal Umrah untuk ayah mertua yang lumpuh akibat strok. Umrah pertama, kedua & ketiga akan bersama dengan Mutawwif, manakala umrah seterusnya kena lakukan sendiri atau bersama rakan jemaah yang lain.

Tapi alhamdulillah mutawwif EMRAZ iaitu Ustaz Firdaus Zamani berlapang dada membimbing 3 dari 4 Umrah yang kami sempurnakan walaupun sepatutnya hanya perlu membimbing untuk Umrah pertama sahaja.

Pengalaman yang sangat berharga dan terasa sehingga sekarang ialah pengalaman semasa mengerjakan Umrah. Proses yang dilalui semasa mengerjakan Umrah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

syahrulasri.blogspot.com
Salah satu Tempat Bermiqat

Kesimpulan.

12 pengalaman yang saya kongsikan ini adalah ringkasan dari 12 hari 10 malam semasa mengerjakan Umrah bersama EMRAZ Travel & Tours yang sempat saya kongsikan kepada anda. Saya tidak banyak menyentuh aktiviti shopping dan tempat-tempat shopping yang dibawa kerana ia hanyalah selingan dalam mengerjakan Umrah ini.

Mutawwif sentiasa berpesan dan mengingatkan kami supaya sentiasa membetulkan niat agar tidak terpesong dari matlamat utama iaitu mengerjakan Umrah dan melakukan ibadah.

Dengan hanya duduk di masjid, tidak kiralah di Masjid Nabawi atau di Masjidil Haram. Ketenangan dapat diperolehi dengan mudah. Ditambah lagi dengan sesi tazkirah dan membaca Al-Quran, masa yang berbaki seakan tidak mencukupi dan berlalu begitu pantas.

Kami melakukan Tawaf Wida' bersama dengan mutawwif sebelum bertolak ke lapangan terbang Jeddah. Kami meninggalkan bumi Mekah tepat jam 8.40 malam dan sampai ke tanah air pada jam 11.20 pagi keesokkan harinya.

Tidak dinafikan rasa rindu untuk ke sana lagi sering terasa tatkala melihat apa-apa foto yang berkait dengan bumi Madinah dan Mekah. Semoga Allah menjemput saya dan anda yang membaca artikel ini untuk ke sana suatu hari nanti. Aaminn.
Powered by Blogger.